Publication:
Siri’ dan Pesse’: pembentuk nilai dan identiti Melayu Bugis
Siri’ dan Pesse’: pembentuk nilai dan identiti Melayu Bugis
Date
2021
Authors
M. Hasyim Mustamin
Makmur Haji Harun
Mohd Kasturi Nor Abd Aziz
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Kejayaan dan keberhasilan orang Bugis yang bermigrasi ketika dahulu ke Tanah Melayu
tidak dapat dipisahkan dengan tampilan sifat khasnya yang ditopang oleh nilai dan identiti
budaya yang diwarisinya, sama ada secara individu mahupun kelompok (kolektif). Nilai dan
identiti Bugis tersebut adalah Siri’ dan Pesse’ yang menjadi pandangan hidup dan amalan
kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup
orang Bugis dianggap semakin luntur dan kurang difahami hari ini oleh masyarakat yang
berketurunan Bugis disebabkan oleh perubahan sosial yang berlaku. Proses asimilasi
budaya dan globalisasi yang begitu hebat memberi cabaran tersendiri terhadap nilai-nilai,
adat dan tradisi yang difahami dalammasyarakat berketurunan Bugisterutama yang hidup
di perantauan. Ekoran daripada situasi tersebut, ramai kalangan Melayu berketurunan
Bugis hanyadapat mengenal dirinya sebagai berketurunan Bugis namun tiada memahami
dan mendapatkan pendedahan konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai falsafah hidup mereka.
Justeru itu, kertas kerja kerja ini bertujuan untuk mengesan dan mendedahkan semula
konsep Siri’ dan Pesse’ sebagai pembentuk nilai dan identiti di kalangan masyarakat Bugis.
Description
Keywords
Siri dan Pesse,
Nilai,
Identiti,
Bugis,
Melayu