Options
Ku Halim Ku Ariffin
Preferred name
Ku Halim Ku Ariffin
Official Name
Ku Ariffin, Ku Halim
Alternative Name
Ku Ariffin, Ku Halim
Main Affiliation
Scopus Author ID
56275452900
1 results
Now showing
1 - 1 of 1
-
PublicationBahasa Melayu dimertabatkan, Bahasa Inggeris dipertingkatkan: satu kupasan dalam konteks pengajian tinggi(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-21)
; ; ;Bahasa menjadi wadah utama sebagai alat komunikasi dalam menghubungkan sesuatu bangsa dan tamadun. Bahasa juga menunjukkan taraf sesuatu bangsa itu. Bahasa Melayu suatu ketika dahulu menjadi bahasa utama dan menjadi alat penghubung di Nusantara. Justeru itu usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu diteruskan dan di modenisasikan. Dalam dunia yang kian mencabar penggunaan bahasa Melayu perlu diperluaskan di peringkat sekolah sehingga Institusi Pengajian Tinggi. Usaha ini bukan hanya diarahkan kepada penggiat bahasa sahaja malah ianya perlu digerakkan secara menyeluruh. Kemajuan sesebuah negara bukanlah bergantung kepada penggunaan bahasa Inggeris sahaja, jika tidak mana mungkin negara-negara seperti Jepun, Perancis, Jerman dan lain-lain lagi boleh menguasai teknologi dunia dengan menggunakan bahasa mereka sendiri. Dalam hal ini tindakan memperkayakan dan memperbanyakkan kosa kata bahasa diperlukan bagi mewujudkan daya saing Bahasa Melayu di peringkat antarabangsa. Justeru strategi menyeluruh dan jitu perlu dilakukan bagi merealisasikan hasrat ini. Dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris tidak kita lupakan kerana ianya kini menjadi bahasa utama di peringkat antarabangsa. Usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris turut dilaksanakan secara komprehensif.