Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    Socio-demographic factors in influencing the role of bully and victim among the Malay female juvenile detainees in rehabilitation centre before detention
    Objective: This study examines the socio-demographic factors in influencing the role of bully and victim among the Malay female juvenile detainees before detention in a rehabilitation centre. Methodology: This is a quantitative study which uses descriptive and correlation analysis. The study was done in one of the single-sex rehabilitation centres up north of Malaysian state. There were n=30 Malay female juvenile detainees involved in this study (n=4 Malay female juvenile detainees aged 19; n=4 respondents aged 18; n=8 respondents aged 17; n=6 respondents aged 16; n=3 respondents aged 15; n=2 respondents aged 14 and, n=3 respondents aged 13 years old). Instrument: Self builds demographic questionnaire and Olweus Bullying Behaviour Questionnaire (BBQ). The Cronbach's alpha for BBQ was 0.867 with the role of bully scores on .0798 and role of victims scores on .815. Result: The finding in this study shows the strongest correlation between the role of bully by the Malay female juvenile detainees were parent’s or guardian’s source of income (r=.759,p<0.01); the education and academic achievements of the Malay female juvenile detainees (r=.756,p<0.01); followed by residencies (r=.702,p<0.01) and, parent’s or guardian’s level of education (r=.609,p<0.01). As for the role of victim; the strongest correlation was found between education and academic achievements of the Malay female juvenile detainees (r=.848,p<0.01); parent’s or guardian’s source of income (r=.778,p<0.01); residencies (r=.728,p<0.01) and, parent’s or guardian’s level of education (r=.656,p<0.01). Conclusion: Socio-demographic factor is an important influence factor for a young adolescent to take up the role of bully and victim in any bullying behaviour scenarios. These socio-demographic influence factors must be taken into consideration in studying bullying behaviour cases especially in designing any prevention programme or correctional programme.
  • Publication
    Persepsi terhadap penawaran mata pelajaran umum Hubungan Etnik dalam meningkatkan kefahaman patriotisme di Universiti Malaysia Perlis
    Semangat patriotisme merupakan satu keperluan dalam memastikan rakyat sentiasa menyokong dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan negara dari gangguan dan kekacauan yang datang dari dalam mahupun luar. Pembangunan patriotisme sangat penting dalam melahirkan satu golongan masyarakat yang sanggup berkorban untuk negara dan rakyatnya. Walaupun konsep patriotisme ini merupakan satu konsep kecintaan negara yang diwariskan dari satu zaman ke zaman yang lain, ia memerlukan satu medium ampuh dalam memastikan perasaan cinta pada negara ini sentiasa mekar dan kuat dalam diri masyarakat pada hari ini. Nyatanya, pendidikan merupakan salah satu cara yang diberi penekanan dalam memantapkan kefahaman dan semangat patriotis di Malaysia. Sehubungan dengan itu, satu kajian dijalankan ke atas pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam khususnya di Universiti Malaysia Perlis untuk melihat tahap persepsi pelajar terhadap penawaran Mata Pelajaran Umum (MPU) hubungan etnik sebagai medium meningkatkan kefahaman patriotisme. Objektif kajian ini adalah untuk melihat perbezaan persepsi pelajar terhadap penawaran MPU hubungan etnik mengikut pecahan i) etnik, ii) jantina dan iii) kumpulan yang telah mengambil MPU hubungan etnik dan kumpulan yang belum mengambil MPU hubungan Etnik. Kaedah kajian tinjauan digunakan dan dianalisa menggunakan analisa kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha, ujian normaliti dan ujian t sampel bebas.
  • Publication
    Persepsi pelajar terhadap konsep Rukun Negara melalui pengajaran subjek Hubungan Etnik: kajian kes di Universiti Malaysia Perlis
    Objektif umum kajian adalah untuk melihat dan menganalisa persepsi pelajar teknikal di Universiti Malaysia Perlis UniMAP mengenai kefahaman konsep Rukun Negara yang diajar dalam subjek Hubungan Etnik. Terdapat dua tujuan khusus kajian iaitu pertama, melihat dan menganalisa tahap kesedaran dan kefahaman pelajar terhadap kepentingan Rukun Negara. Kedua, bagaimana subjek Hubungan Etnik memberi impak dalam usaha menyuburkan lagi kesedaran dan pemahaman konsep Rukun Negara dalam kalangan pelajar. Seramai 200 orang pelajar teknikal terlibat dalam kajian ini. Sampel responden adalah terdiri daripada sebahagian pelajar yang mendaftar dalam kursus EUW/UUW235 Hubungan Etnik dengan berlatarbelakangkan kepelbagaian program peringkat Ijazah Sarjana Muda. Reka bentuk kajian adalah kaedah tinjauan melalui pendekatan kuantitatif. Data diperolehi dan dikumpul dengan menggunakan kaedah edaran borang kaji selidik dengan mengimplimentasikan skala likert sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, sangat setuju dan setuju. Item-item soal selidik adalah dibina oleh kumpulan penyelidik. Hasil kajian mendapati 179 atau 89.5% orang pelajar bersetuju dengan min skala 4.34 (di antara skala sangat bersetuju dan bersetuju) bahawa masyarakat boleh hidup bersatu padu sekiranya mereka memahami dan menghayati Rukun Negara dan terdapat seramai 94 atau 47% orang pelajar dengan dapatan min 4.03 (di antara skala setuju dengan sangat bersetuju) bahawa kefahaman dalam Rukun Negara yang merupakan falsafah negara adalah piagam lengkap bagi rakyat Malaysia. Kesimpulannya, subjek Hubungan Etnik merupakan subjek penting dalam memberi kesedaran dan kefahaman konsep Rukun Negara dalam pembentukan masyarakat majmuk yang harmoni dan bertolenrasi di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, dengan peratusan 47% menunjukkan terdapat jurang kurang kefahaman yang kukuh akan kepentingan konsep Rukun Negara dan perkaitan dengan manfaat diri pelajar akan tahap kesedaran dan kefahaman pelajar yang sepatutnya merupakan aset penting dalam mengukuhkan persepsi pelajar akan kefahaman kepelbagaian budaya dan perkaitannya dengan sejarah yang membentuk Rukun Negara untuk dijadikan ideologi satu bangsa.