Options
Hirwan Jasbir Jaafar
Preferred name
Hirwan Jasbir Jaafar
Official Name
Hirwan Jasbir, Jaafar
Alternative Name
Jaafar, Hirwan Jasbir
Jaafar, H. J.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57201309467
Researcher ID
IAG-1984-2023
Now showing
1 - 2 of 2
-
PublicationIsu pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR): satu analisis persepsi staf UniMAP(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2012-03-29)
; ;Raja Shah Erman Raja Ariffin ; ;Mohd Hizazy Yusof ;Mohd Jabar Tariq Alizul PakarDzairi Asrul DzainolIsu Pemansuhan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah(PMR) hangat rnenghiasi dada akhbar dan blog-blog dalam Internet. Isu tersebut mengundang pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak yang tampil menyatakan pendirian. Namun belum ada kajian yang dibentangkan berkenaan pandangan masyarakat yang sepatutnya diberikan hak untuk mengutarakan pandangan. Atas dasar itu kajian ini dilakukan bagi rnelihat persepsi dan reaksi kakitangan Universiti Malaysia Perlis yang berjumlah 1,608 orang terhadap isu pemansuhan kedua-dua peperiksaan tersebut. Kajian ini akan menggunakan satu set soal selidik dan pemilihan kakitangan adalah dari semua peringkat perjawatan yang berkhidmat di UniMAP. Pemilihan responden dilakukan seeara rawak bebas dan dari 500 set borang soal selidik yang diedarkan, hanya sebanyak 279 set borang sahaja yang dikembalikan. Hasil analisis yang dilakukan didapati majoriti kakitangan UniMAP menolak hasrat kementerian untuk memansuhkan UPSR Dan PMR dan mereka turut tidak bersetuju dengan alasan kementerian bahawa peperiksaan ini perlu dimansuhkan kerana ia tidak membantu perkembangan pelajar sejajar dengan falsafah pendidikan negara. Diharap dengan hasil kajian ini, ia dapat dijadikan panduan dan rujukan kepada pihak-pihak yang berminat dengan isu ini. -
PublicationProgram Didik Cemerlang: memperkasakan pelajar Melayu Negeri Perlis(Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-03-29)
; ; ;Raja Shah Erman Raja Ariffin ;Mohd Hizazy YusofMohd Jabar Tariq Alizul PakarDewasa ini, pendidikan merupakan teras kepada kecemerlangan sesebuah umat dan bangsa. Dalam memartabatkan sesebuah bangsa, aspek ekonomi, pendidikan dan sosial haruslah selari dengan perkembangan dunia. Imam al-Ghazali pernah berkata kemuliaan seseorang manusia adalah kepada tingkatan ilmu yang dimiliki. Justeru ilmu memainkan peranan penting dalam membezakan taraf sesuatu bangsa. Justeru Program Didik Cemerlang telah dirangka bagi tujuan membantu dan membimbing pelajar - pelajar bagi tujuan menghadapi peperiksaan utama iaitu Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program Didik Cemerlang ini akan berlangsung selama setahun bermula dari bulan Mac 2009 sehinggalah pelajar menghadapi peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia. Program ini melibatkan seramai 267 orang yang terdiri daripada 165 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dan 102 orang pelajar yang akan mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kajian yang dilakukan, penerusan kelas dan bimbingan setiap bulan memberikan impak besar terhadap keputusan pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini. Lebih dari 65 peratus pelajar mendapat keputusan A dalam ketiga-tiga mata pelajaran yang ditumpukan dalam peperiksaan Penilaian Menegah Rendah. Malah hampir 94 peratus pelajar yang menyertai program ini bersetuju dan menyokong agar program seperti ini diteruskan di masa hadapan. Justeru program seperti ini perlu dilaksanakan setiap tahun agar tahap pencapaian anak Melayu ditingkatkan agar mereka mampu bersaing dengan pelajar-pelajar lain.1 23