Now showing 1 - 2 of 2
Thumbnail Image
Publication

Nilai kesantunan berbahasa dalam komunikasi pengurusan Air Muka: analisis pragmatik berasaskan teori relevans

2017 , Juliana Ahmad , Noriha Basir

Kesantunan berbahasa amat penting khususnya dalam aspek komunikasi. Kertas ini akan membincangkan nilai kesantunan berbahasa dalam komunikasi pengurusan air muka dalam teks genre filem Melayu yang akan dijelaskan dengan lebih berpada melalui ilmu pragmatik berasaskan Teori Relevans (1986). Empat pengurusan air muka, iaitu konsep air muka akan dibincang dan dianalisis, iaitu pertama; baik pulih air muka, kedua; jaga air muka, ketiga; tuntutan air muka dan keempat; beri muka. Konsep air muka yang dikelaskan berdasarkan penerapan Teori Stella Ting-Toomey, iaitu Teori Pengurusan Air Muka (1988) akan dimanfaatkan penghuraiannya dengan lebih jelas dan berpada berdasarkan Teori Relevans oleh Sperber dan Wilson (1986). Teori Relevans menekankan peranan kognitif, iaitu melibatkan konteks, kesan konteks (kognitif) dan usaha memproses.

Thumbnail Image
Publication

Orang Kurang Upaya’ dan ‘Orang Kelainan Upaya’: analisis kesantunan berbahasa dalam penulisan media akhbar

2025-06 , Wan Norhaizar Harun , Noriha Basir , Nurul Syazwani Zulkifli , Faharol Zubir

Pemilihan kata dalam konsep kesantunan berbahasa merupakan aspek yang penting dalam penulisan. Pemilihan kata bukan hanya sekadar menyampaikan idea yang difikirkan, namun pemilihan kata seharusnya sesuai dengan komunikasi interaksi sosial. Kajian ini membincangkan penggunaan kata ‘Orang Kurang Upaya (OKU1)’ dan ‘Orang Kelainan Upaya (OKU2)’ berasaskan data akhbar dalam talian di Malaysia. Aspek yang ditumpukan ialah gelagat kehadiran penggunaan kata OKU1 dan OKU2 dalam data akhbar dalam talian. Permasalahan kajian ini adalah wujudnya penggunaan istilah yang tidak seragam dalam penulisan akhbar bagi OKU yang merujuk “Orang Kurang Upaya” dan “Orang Kelainan Upaya”. Penggunaan kata OKU telah termaktub dan digunakan dalam Akta 685, iaitu Akta Orang Kurang Upaya 2008. Teori Kesantunan oleh Brown & Levinson (1987) dimanfaatkan bagi menghuraikan pemilihan penggunaan kata tersebut. Analisis kajian mendapati bahawa penggunaan kata OKU2 “Orang Kelainan Upaya” adalah lebih santun dan sesuai digunakan dalam penulisan media, komunikasi rasmi dan interaksi sosial. Menurut Teori Brown & Levinson (1987), pemilihan kata “Orang Kelainan Upaya” berupaya memelihara muka positif dan negatif seterusnya dapat mengelakkan rasa rendah diri atau stigma negatif berbanding istilah “Orang Kurang Upaya” yang kurang sesuai kerana menonjolkan kekurangan golongan tersebut.