Options
Noor Asliza Abdul Rahim
Preferred name
Noor Asliza Abdul Rahim
Official Name
Noor Asliza, Abdul Rahim
Alternative Name
Rahim, Noor Asliza Abdul
Rahim, N. A.A.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57204005908
Now showing
1 - 1 of 1
-
PublicationPenguasaan kosa kata dalam komunikasi bahasa asing( 2020)
;Nurmasturah JamilKajian ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kosa kata bahasa asing dalam kalangan pelajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia. Selain itu, objektif kajian ini juga untuk mengetahui masalah pembelajaran bahasa asing yang dihadapi oleh pelajar serta melihat pandangan guru terhadap masalah penggunaan kosa kata dalam pembelajaran bahasa asing. Seramai 12 orang guru yang mengajar subjek bahasa asing, iaitu subjek al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah (Bahasa Arab) di beberapa buah sekolah menengah agama dipilih sebagai sampel kajian. Instrumen kajian menggunakan borang soal selidik. Data dianalisis berasaskan deskriptif asas dengan melihat kepada kekerapan dan peratusan sahaja. Hasil kajian menunjukkan sebahagian besar pelajar yang mempelajari Bahasa Arab sebagai bahasa asing menghadapi masalah menguasai kosa kata dalam Bahasa Arab dan ini secara tidak langsung mengganggu proses komunikasi lisan dan tulisan mereka. Dapatan kajian ini secara tidak langsung memberi implikasi terhadap kaedah pengajaran bahasa dan komunikasi dalam usaha meningkatkan elemen kemahiran insaniah dalam diri pelajar.1 9