Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah satu sektor yang merupakan tunjang kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Sumbangan PKS ini boleh dilihat dari pelbagai sudut antaranya ialah sumbangan kepada Keluaran Negara Kasar (KDNK) sesebuah negara, menawarkan peluang-peluang pekerjaan, mempelbagaikan produk-produk di pasaran, mewujudkan persaingan, memperbanyakkan idea-idea baru dan lain-lain lagi. Namun begitu, prestasi sektor ini masih lagi menjadi satu topik perbincangan dalam kalangan para ilmuan mahupun para pengamal industri. Hal ini demikian kerana sektor ini belum mencapai tahap prestasi yang membanggakan. Keadaan ini merupakan satu perkara yang amat
membimbangkan. Kajian konseptual ini akan cuba untuk mengupas prestasi PKS bersandarkan kajian-kajian lepas dari pendekatan Pengurusan Risiko Bersepadu (ERM). Dicadangkan bahawa penekanan yang sewajarnya harus
diberikan kepada aspek pengurusan risiko dalam usaha meningkatkan prestasi PKS di Malaysia