Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      Have you forgotten your password?
  1. Home
 
Options

Pemartabatan Bahasa Melayu era Revolusi 4.0 dalam kalangan pensyarah

Journal
Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
Date Issued
2019
Author(s)
Wan Roslina Wan Ismail
Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim
Handle (URI)
https://hdl.handle.net/20.500.14170/15621
Abstract
Bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi di Malaysia dan merupakan bahasa utama rakyat Malaysia. Bahasa Melayu sedang melalui evolusi sejajar dengan bidang ilmu lain yang terus berkembang pada zaman digital ini. Kajian ini bertujuan untuk meninjau peranan pensyarah dan pihak pengurusan insititut dalam memartabatkan bahasa Melayu dalam era Revolusi 4.0 (RI 4.0). Sebanyak 100 pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Abdul Halim telah dijadikan sampel kajian. Kajian ini menggunakan kaedah kualititatif, iaitu menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan kajian perpustakaan. Pemerhatian juga telah dibuat melalui aplikasi whatsAPP pensyarah. Selain itu, kajian ini juga meninjau peranan pihak pengurusan tertinggi menyampaikan maklumat pentadbiran melalui sistem talian pintar. Hasil kajian menunjukkan bahawa semua pensyarah telah menggunakan sistem talian pintar dan teknologi komunikasi maklumat ketika menyampaikan pengajaran dalam bilik kuliah dan di luar bilik kuliah. Analisis kajian juga menunjukkan bahawa talian pintar telah mempercepat proses penyampaian maklumat. Hampir 100% maklumat organisasi disampaikan dalam bahasa Melayu melalui penggunaan talian pintar disampaikan secara meluas. Hal ini menunjukkan bahawa pembangunan sains dan teknologi telah membantu pemantapan bahasa Melayu seiring dengan perkembangan zaman. Bahasa Melayu telah mendepani sejarah perkembangan bahasa seiring dengan bahasa-bahasa lain di dunia. Perkembangan era RI 4.0 juga meninggalkan cabaran yang besar kepada perkembangan bahasa Melayu.
Subjects
  • Bahasa Melayu

  • Penggunaan

  • Talian pintar

  • Teknologi maklumat

Thumbnail Image
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies