Antologi Puisi Citra Malaysia ini merupakan himpunan puisi sempena Program Sayembara Puisi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) 2014. Program ini merupakan program kali ketiga yang dianjurkan oleh Pusat Bahasa Antarabangsa, UniMAP dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara. Puisi-puisi yang dipilih ialah puisi-puisi yang bersesuaian dengan tema Sambutan Bulan Bahasa Kebangsaan iaitu ‘1Bahasa, 1Bangsa, 1Negara’. Penerbitan antologi puisi ini merupakan usaha kakitangan Pusat Bahasa Antarabangsa bagi menyemarakkan lagi dunia puisi Melayu, sekali gus menunjukkan rasa cinta terhadap khazanah sastera Melayu.