Publication:
Reaksi dan kesan terhadap perkembangan industri kelapa di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) 1902-1941

Thumbnail Image
Date
2016
Authors
Zalikha Bahari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Artikel ini membincangkan tentang perkembangan industri kelapa di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dari tahun 1902 sehingga 1941. Objektif kajian adalah untuk mengenal pasti sejauh manakah kemajuan yang dicapai oleh industri kelapa di NNMB. Selain itu, kajian juga membincangkan mengenai kesan dan reaksi masyarakat di sepanjang tempoh kajian tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan penyelidikan sejarah. Kajian perpustakaan dibuat bagi meneliti dan menganalisis sumber-sumber primer seperti dokumen, fail, rekod, laporan dan juga akhbar. Di samping itu, sumber sekunder seperti artikel, kertas kerja, buku dan kajian ilmiah juga dirujuk bagi memantapkan kajian. Skop kajian ini bermula pada tahun 1902, iaitu bermulanya penubuhan jabatan kelapa atau ‘The Department of Coconut, Federated Malay States’ dan tamat pada tahun 1941. Dapatan kajian ini mendapati bahawa industri kelapa ini mencapai puncak kemajuan bermula pada tahun 1909 berikutan dengan pelbagai usaha oleh semua pihak bagi memajukan industri ini. Di samping itu, pelbagai kesan yang diterima hasil daripada perkembangan industri kelapa di NNMB serta masyarakat memberikan reaksi yang positif dan negatif terhadap perkembangan industri.
Description
Keywords
Kemajuan industri Kelapa, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB), Kesan kepada masyarakat, Reaksi masyarakat
Citation