Options
Perasaan ‘Loneliness’@Kesunyian dan strategi daya tindak dalam kalangan warga emas yang menghuni di Rumah Seri Kenangan, Cheras, Selangor
Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)
Date Issued
2013
Author(s)
Amran Hassan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Noriah Mohamed
Universiti Malaysia Perlis
Zubaidah Rasol
Rumah Seri Kenangan, Cheras
Abstract
Kajian ini dijalankan untuk mengkaji tentang perasaan kesunyian yang dialami warga emas yang tinggal di rumah kebajikan, serta strategi daya tindak yang diambil untuk menangani keadaan tersebut. Metodologi kajian
yang digunakan ialah kajian kualitatif secara kajian kes dengan menemubual tidak berstruktur terhadap enam (6) orang warga emas yang tinggal di Rumah Seri Kenangan, Cheras, Selangor. Persampelan secara bertujuan
digunakan dengan meletakkan beberapa justifikasi tertentu terhadap warga emas ini. Analisis kandungan berasaskan transkrip yang dibina dengan mengguna kod dan tema-tema tertentu untuk dilihat secara lebih spesifik
tentang isu yang dikaji. Dapatan kajian menunjukkan warga emas mengalami perasaan kesunyian ini. Dari segi strategi daya tindak, semua warga emas menyatakan yang mereka mempunyai alternatif yang tersendiri
untuk mengurangkan perasaan kesunyian ini dengan menjalankan aktiviti yang disukai seharian. Secara teorinya, dapatan kajian ini mengukuhkan Model Pengalaman dan Perasaan Kesunyian yang diutarakan oleh Perlman
dan Peplau (1998) sebagai isu global yang dialami warga emas khususnya di Malaysia. Dapatan kajian ini juga boleh digunakan sebagai panduan untuk merangka pembinaan modul-modul khusus untuk menangani permasalahan
ini dalam kalangan warga emas, demi kesejahteraan mereka
Subjects