Publication:
Model gelagat pengguna Islam

Thumbnail Image
Date
2019
Authors
Siti Khalilah Basarud-din
Azizi Abu Bakar
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Teori gelagat pengguna yang dibangunkan oleh sarjana pemikiran barat sering digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang kajian termasuklah kajian dari perspektif Islam. Persoalannya, adakah gelagat pengguna konvensional bersesuaian untuk diaplikasi dalam kajian-kajian Islam? Adakah teori-teori pemikiran barat selari dengan kehendak gelagat pengguna menurut pandangan Islam? Oleh itu, kajian ini mengkaji keperluan gelagat pengguna Islam dan perbezaannya dengan gelagat pengguna konvensional. Selain itu, tujuan kajian ini merupakan kajian awal mencadangkan faktorfaktor agama dalam mengenal pasti gelagat pengguna Islam. Faktor-faktor agama yang dicadangkan adalah faktor akidah, ibadah dan akhlak sebagai faktor utama yang mempengaruhi gelagat pengguna Islam. Kajian ini menggunakan kaedah kajian literatur untuk mengenal pasti dan menganalisis fenomena ini. Cadangan kajian lanjutan juga turut dibincangkan.
Description
Keywords
Gelagat pengguna Islam, Akidah, Ibadah, Akhlak
Citation