Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Resources
  3. Journals
  4. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)
  5. Hunayn Bin Ishaq: tokoh non Muslim era kegemilangan zaman Abbasiyah
 
Options

Hunayn Bin Ishaq: tokoh non Muslim era kegemilangan zaman Abbasiyah

Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
ISSN
2232-1535
Date Issued
2014
Author(s)
Ammar Badruddin Romli
Politeknik Ungku Omar
Handle (URI)
https://johdec.unimap.edu.my/
https://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/Vol%203%20Special%20Issue/Vol_3SI_2014_2_17.pdf
https://hdl.handle.net/20.500.14170/2589
Abstract
Kolaborasi antara Muslim dan non-Muslim dalam memajukan sains dan teknologi pada era ‘Abbasiyah telah dikenal pasti berlaku sejak peringkat awal lagi, iaitu peringkat pemindahan ilmu dari tamadun lain ke dalam tamadun Islam. Peranan Muslim amat tidak dinafikan lagi, tetapi peranan non-Muslim turut perlu diakui hakikat kebenarannya. Mendahului sumbangan dan ketokohan sarjana non-Muslim tersebut ialah satu nama besar, iaitu Hunayn bin Ishaq. Beliau merupakan seorang tokoh yang mempunyai pengaruh yang sangat besar dalam dunia penterjemahan dan perubatan di barat mahupun di timur. Beliau telah banyak berjasa menterjemahkan karya-karya asli dari tokoh-tokoh zaman Yunani seperti Plato, Galen, Descorides, Hippocrates, Aristotle, Euclid dan ramai lagi. Hunayn telah dilantik oleh khalifah al-Makmun sebagai pengarah pertama Bayt al-Hikmah, iaitu institusi penting yang menjalankan penterjemahan, penyelidikan dan inovasi daripada pelbagai cabang keilmuan pada zaman tersebut. Selain itu, beliau turut menyumbangkan jasa yang besar dalam bidang perubatan. Berlatar belakangkan daripada keluarga ahli perubatan kimia terkenal di Hirah, Hunayn terus meminati bidang ini dengan menuntut ilmu perubatan dari tokoh-tokoh perubatan terkenal di Baghdad. Beliau merupakan seorang pakar dalam bidang perubatan mata dan memperkenalkan ilmu perubatan Oftamologi. Beliau akhirnya dilantik sebagai doktor peribadi yang berkhidmat kepada khalifah al-Mutawakkil. Akhirnya, sehingga kini kita dapat menyaksikan begitu banyak karya yang telah dihasilkan oleh Hunayn bin Ishaq walaupun sebahagian daripadanya telah hilang.
Subjects
  • Non-muslim

  • Hunayn

  • Oftamologi

  • Bayt al-Hikmah

File(s)
Hunayn Bin Ishaq.pdf (147.86 KB)
google-scholar
Views
Downloads
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies