Hubungan pelaksanaan komposisi pembelajaran yang mengintergrasikan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (Kbat) dengan pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran Pendidikan Islam
Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan di antara pelaksanaan komposisi pembelajaran yang mengintergrasikan KBAT dengan tahap pencapaian pelajar menerusi mata pelajaran pendidikan Islam di sekolah rendah. Cetusan kajian ini adalah bersandarkan dapatan kajian lain yang menujukkan proses pelaksanaan pembelajaran pelajar yang bersifat tradisional dan tidak mengamalkan aktiviti berteraskan KBAT. Seterusnya, kajian ini meneliti profil dari aspek komposisi pembelajaran pelajar dan hubungan dengan pencapaian semasa pelajar. Instrumen yang digunakan adalah adaptasi soal selidik KBAT yang digunakan oleh (Rabiatul Adawiyah, 2008) yang telah mengadaptasikan instrumen Anderson yang diubahsuaikan daripada taksonomi Bloom, iaitu ‘Learning and Study Strategies High Order Thinking, Instrumen penilaian amalan pengajaran Pendidikan Islam oleh (Mohd Aderi, 2010) dan Instrumen pemantauan pembelajaran
Jemaah Nazir (JNJK, 2011) bagi mengukur pelaksanaan komposisi pembelajaran pelajar dengan nilai kebolehpercayaan Cronbach Alpha (α) 0.902. Sampel yang terlibat adalah pelajar tahun lima yang diambil secara rawak berstrata dan berkelompok dari sekolah-sekolah kebangsaan di sekitar negeri Perak. Data dianalisis menggunakan kiraan frekuensi, peratusan, min, sisihan lazim dan kolerasi Pearson. Hasil kajian mendapati tahap hubungan di antara komposisi pembelajaran dengan pencapaian pelajar adalah sederhana tinggi bagi enam konstruk, iaitu perancangan (min = 3.43, SP = 0.54, r = 0.457 ), penetapan objektif (min = 3.31, SP = 0.49, r = 0.455), pelaksanaan set induksi (min = 3.42, SP = 0.49, r = 0.324), penggunaan sumber pendidikan (min = 3.35, SP = 0.48, r = 0.673), pelaksanaan penyoalan (min = 3.32, SP = 0.57, r = 0.535) menilai kefahaman pelajar (min = 3.07, SP = 0.59, r = 0.4781), manakala melaksanakan refleksi (min = 3.15, SP = 0.55, r = 0.0931), merumuskan isi pengajaran (min = 3.34, SP = 0.60, r = 0.183) mencatatkan dapatan hubungan yang rendah. Dapatan kajian juga menunjukkan komposisi pembelajaran dari segi keseluruhan dengan hubungan pencapaian pelajar adalah sederhana (r = 0.031, p = 0.579, r = 0.0852). Oleh itu, pelaksanaan komposisi pembelajaran adalah mempunyai hubungan dengan pencapaian pelajar, namun terdapat faktor-faktor lain yang menyumbangkan kepada pencapaian pelajar di dalam mata pelajaran pendidikan Islam.