Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan suatu tranformasi di dalam sistem
pendidikan di Malaysia pada abad ini selaras dengan pelaksanaan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Amalan pengajaran yang menerapkan KBAT ini
telah melangkaui keseluruhan konsep kandungan mata pelajaran dengan difokuskan
kepada beberapa teori KBAT khususnya taksonomi Bloom dan Lorin Anderoson. Namun
begitu, bagi mata pelajaran Pendidikan Islam yang berteraskan kepada al-Quran dan assunnah, pelaksanaan elemen KBAT ini perlu diterjemahkan menerusi asas Falsafah
Pendidikan Islam yang meletakkan kesempurnaan pendidikan akal sebagai teras utama di
dalam memacu pembudayaan kemahiran berfikir ini. Kemunculan tokoh-tokoh seperti AlQabisi yang membicarakan secara menyeluruh pendekatan pengajaran yang bersesuian
untuk diintegrasikan dengan elemen KBAT. Untuk itu, kajian ini menggunakan proses
penganalisisan secara analisis kepustakaan dengan mengemukakan perbandingan isi
kandungan yang mempunyai kesamaan sinonim atau terangkum di dalam maksud konsep
Al-Qabisi dalam konteks pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam dengan penghasilan
taksonomi keperluan berfikir manusia oleh Bloom. Dapatan kajian ini menghasilkan nilai
empat pengintegrasian konsep asas Al-Qabisi dan Bloom di dalam keperluan penerapan
KBAT iaitu perancangan, permulaan, perkembangan dan penutup pengajaran. Secara
keseluruhannya, pelaksanaan PdP pendidikan Islam yang menerapkan KBAT seharusnya
menitikberatkan proses dan falsafah pengajaran yang telah dibentuk oleh Al-Qabisi
melangkaui amalan taksonomi KBAT yang telah dibentuk oleh Benjamin Samuel Bloom
bagi memastikan nilaian kefahaman, penghayatan dan pengamalan oleh pelajar menepati
kehendak yang ditetapkan berasaskan acuan Falsafah Pendidikan Islam.