Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Resources
  3. Journals
  4. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)
  5. Pemilihan bahasa masyarakat Jahut di Pahang
 
Options

Pemilihan bahasa masyarakat Jahut di Pahang

Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
ISSN
2232-1535
Date Issued
2014
Author(s)
Nur Faaizah Md Adam
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Mohd Sharifudin Yusop
Universiti Putra Malaysia
Handle (URI)
https://johdec.unimap.edu.my/
https://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/Vol%203%20Special%20Issue/Vol_3SI_2014_10_141.pdf
https://hdl.handle.net/20.500.14170/2584
Abstract
Masyarakat orang Asli merupakan kumpulan minoriti di Malaysia. Secara rasminya, masyarakat orang Asli dibahagikan kepada tiga kumpulan besar iaitu Negrito, Senoi dan Proto. Suku kaum Jahut tergolong dalam suku masyarakat orang Asli Senoi. Kelompok Senoi merupakan kelompok orang asli yang terbesar, diikuti oleh kelompok Melayu-Proto dan kelompok Negrito. Sejumlah 4,717 orang Jahut terdapat di Pahang, khususnya di daerah Temerloh. Sebilangan kecil terdapat di Perak dan Selangor. Bilangan keseluruhan menurut Bancian JHEOA 2003 ialah seramai 5,104 orang Jahut. Walaupun kelompok Senoi merupakan orang Asli yang terbesar, tetapi mereka masih tergolong dalam kelompok minoriti berbanding masyarakat lain seperti Melayu, India Cina dan diancam kepupusan. Kepupusan dan kematian bahasa ini akan menyebabkan hilangnya seluruh budaya dan cara kehidupan kaum yang menuturkannya. Oleh itu, penelitian terhadap masyarakat Jahut ini sangat penting untuk mengelakkan kepupusan seterusnya dapat menilai tahap bahasa Jahut dalam kalangan mereka. Kajian ini memberi tumpuan terhadap penggunaan bahasa Jahut yang dituturkan di Kampung Pian, Kuala Krau Pahang. Tujuan kajian ini ialah menganalisis kesan pemilihan bahasa masyarakat Jahut dalam kalangan masyarakat Jahut. Informan terdiri daripada penutur-penutur natif suku kaum Jahut. Teori yang digunakan dalam kajian ini ialah teori Tipologi Keterancaman Bahasa. Teori ini digunakan kerana bersesuaian dengan aspek yang ingin dikaji. Pengkaji juga menggunakan pendekatan kualitatif dan kuantitatif dalam kajian ini untuk mengkaji berkaitan dengan tingkah laku bahasa masyarakat bahasa Jahut dengan menggunakan kaedah soal selidik, pemerhatian dan rakaman. Data-data yang telah dikutip, dianalisis dan dipaparkan dalam bentuk peratusan. Hasil dapatan yang diperolehi daripada mandala kekeluargaan dan kemasyarakatan mendapati masyarakat Jahut masih lagi memelihara bahasa mereka dan mampu melestarikan bahasa mereka dengan baik. Kajian yang dilakukan ini diharapkan dapat memberi maklumat tentang status dan tahap kelestariannya dalam kalangan penutur natif masyarakat Jahut.
Subjects
  • Pemilihan

  • Bahasa

  • Masyarakat

  • Jahut

File(s)
Pemilihan Bahasa Masyarakat Jahut Di Pahang.pdf (195.66 KB)
google-scholar
Views
Downloads
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies