Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Resources
  3. Journals
  4. Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI)
  5. Analisis Sosiolinguistik masyarakat Melayu di tiga wilayah sempadan Selatan Thailand berlandaskan teori etnografi komunikasi
 
Options

Analisis Sosiolinguistik masyarakat Melayu di tiga wilayah sempadan Selatan Thailand berlandaskan teori etnografi komunikasi

Journal
Journal of Communication in Scientific Inquiry (JCSI)
Date Issued
2019-12
Author(s)
Kamaruddin Isayah
Thaksin University
Abstract
Kertas kerja ini bertujuan untuk memaparkan situasi sosiolinguistik dan fenomena kebahasaan dalam masyarakat Melayu di tiga wilayah sempadan selatan Thailand (3WSST). Data sosiolinguistik yang terkumpul melalui kajian pustaka, pemerhatian dan temu bual tidak terancang dianalisis secara deskriptif menggunakan teori etnografi komunikasi yang dicadangkan oleh Hymes (1974) melalui singkatan komponen tutur tertentu, iaitu SPEAKING. Masyarakat Melayu di 3WSST yang dimaksudkan dalam kertas kerja ini merangkumi wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Memandangkan pengkelompokan etnik di Thailand, masyarakat Melayu merupakan sebuah masyarakat minoriti di negara ini. Di bahagian hujung Selatan Thailand, masyarakat ini dianggap majoriti penduduknya. Identiti yang melambangkan masyarakat ini bersifat Melayu ialah pembentukan masyarakat sejak zaman silam hingga sekarang berunsurkan ciri-ciri Melayu, iaitu dengan mengamalkan adat dan budaya Melayu. Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat di sini ialah masyarakat Melayu asal yang tidak diasimilasikan daripada mana-mana masyarakat. Bahasa Melayu khususnya dialek Melayu Patani merupakan medium utama bagi penduduk masyarakat ini. Dari sudut sosiolinguistik, masyarakat Melayu di 3WSST jelas sekali mengalami fenomena pertembungan dengan orang Thai, kesannya muncul sebuah masyarakat dwibahasa. Hakikatnya, fenomena kedwibahasaan dalam masyarakat ini mengakibatkan berlakunya beberapa aspek linguistik seperti fenomena pemilihan bahasa, percampuran bahasa dan sebagainya.
Subjects
  • Sosiolinguistik

  • Masyarakat Melayu

  • Dialek Melayu Patani

  • Selatan Thailand

  • Etnografi

File(s)
Analisis Sosiolinguistik Masyarakat Melayu.pdf (632.32 KB)
Views
2
Acquisition Date
Nov 19, 2024
View Details
Downloads
170
Acquisition Date
Nov 19, 2024
View Details
google-scholar
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies