Publication:
Fenomena pusing ganti kerja: faktor luaran yang mempengaruhi pekerja meninggalkan organisasi

Thumbnail Image
Date
2021
Authors
Azimah Ninggal
Ishak Haji Abd Rahman
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Fenomena pusing ganti di kalangan pekerja adalah antara isu kritikal yang sangat membimbangkan organisasi. Cabaran tersebut akan menjadi bertambah getir apabila sumber tenaga manusia yang meninggalkan organisasi itu adalah pekerja yang sukar diperolehi dan melibatkan kemahiran yang sangat spesifik. Fenomena pusing ganti dikalangan juruterbang dalam Pasukan Gerakan Udara (PGU), Polis Diraja Malaysia yang menamatkan perkhidmatan untuk menyertai syarikat-syarikat penerbangan komersil berlaku saban tahun. Data yang diperolehi daripada Bahagian Kepolisan Am, PGU menunjukkan seramai 31 orang juruterbang telah menamatkan perkhidmatan bermula tahun 2010 sehingga tahun 2020. Penyelidikan ini dijalankan untuk mengenalpasti faktorfaktor penyebab khususnya faktor dalaman yang mendorong berlakunya fenomena pusing ganti di kalangan juruterbang PGU. Kajian yang digunakan adalah kajian kualitatif yang mengumpulkan data primer dan data sekunder. Kajian lapangan telah dijalankan di Ibu Pejabat Polis Pasukan Gerakan Udara, Bukit Aman dan Pangkalan PGU Semenanjung, Subang. Hasil kajian mendapati faktor luaran seperti tawaran gaji yang tinggi dari syarikat penerbangan komersil, laluan kerjaya yang lebih luas serta faktor kepuasan diri menjadi faktor tarikan pekerja untuk meninggalkan organisasi. Penemuan ini diharapkan akan dapat membantu organisasi untuk mengenalpasti dan mengambil langkah-langkah perlu untuk mengekang pengaliran keluar pekerja yang berharga . Kajian ini diharapkan dapat digunakan untuk membantu organisasi membuat perancang.
Description
Keywords
Pusing ganti, Pengurusan sumber manusia, Faktor penarik
Citation