Publication:
Pemikiran dan falsafah adat resam perkahwinan Jawi Peranakan Pulau Pinang

cris.virtual.department Universiti Malaysia Perlis
cris.virtualsource.department 6d6af09e-9826-400b-a029-0fdacec6d355
dc.contributor.author Omar Yusoff
dc.contributor.author Noriah Mohamed
dc.contributor.author Abdul Jalil Ramli
dc.contributor.author Zainab Ahmad
dc.date.accessioned 2024-04-05T01:31:53Z
dc.date.available 2024-04-05T01:31:53Z
dc.date.issued 2013
dc.description.abstract Kertas kerja ini meninjau tentang komuniti Jawi Peranakan yang menetap di Pulau Pinang. Tinjauan dilaksanakan menerusi kaedah kualitatif dan berfokus kepada tinjauan pustaka dan temu bual tidak berstruktur antara penyelidik dan informan Jawi Peranakan. Tinjauan mendapati bahawa kedatangan golongan pendatang dan pedagang dari India dan Arab ke Pulau Pinang telah mewujudkan kelompok Jawi Peranakan menerusi perkahwinan campur antara golongan ini dengan wanita Melayu tempatan. Golongan hybrid ini pada mulanya dikenali sebagai Jawi Pekan tetapi kemudian disebut sebagai Jawi Peranakan. Sekarang, golongan Jawi Peranakan ini lebih cenderung mengamalkan budaya Melayu dan dalam menuju ke arah menjadi Melayu, proses asimilasi dan amalgamasi yang dilalui oleh golongan ini sejak sekian lama, telah menyebabkan sebahagian besar mereka tidak lagi mempertahankan budaya mereka yang ada antaranya dikatakan bertentangan dengan akidah Islam. Walaupun pada masa sekarang, komuniti ini menganggap diri mereka adalah Melayu, tetapi sebahagian besar daripada mereka masih lagi mengekalkan adat dan pantang larang yang diwarisi daripada nenek moyang mereka sejak turun temurun dalam menguruskan hal perkahwinan. Inilah di antara keunikan masyarakat ini berbanding masyarakat Melayu lain di Pulau Pinang. Kertas kerja ini cuba mendeskripsikan pantang larang dan adat resam perkahwinan Jawi Peranakan serta meninjau pemikiran dan falsafah di sebaliknya.
dc.identifier.uri https://johdec.unimap.edu.my/
dc.identifier.uri https://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/JOHDEC%20VOL%202%202013/Vol_2_2013_10_141-159.pdf
dc.identifier.uri https://hdl.handle.net/20.500.14170/2050
dc.language.iso ms
dc.relation.ispartof Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)
dc.title Pemikiran dan falsafah adat resam perkahwinan Jawi Peranakan Pulau Pinang
dc.type Resource Types::text::journal::journal article
dspace.entity.type Publication
oaire.citation.endPage 159
oaire.citation.startPage 141
oaire.citation.volume 2
oairecerif.author.affiliation Universiti Sains Malaysia
oairecerif.author.affiliation Universiti Sains Malaysia
oairecerif.author.affiliation Universiti Malaysia Perlis
oairecerif.author.affiliation Institut Pendidikan Guru Malaysia
Files
Original bundle
Now showing 1 - 1 of 1
Thumbnail Image
Name:
Pemikiran dan Falsafah Adat Resam Perkahwinan Jawi Peranakan Pulau Pinang.pdf
Size:
171.87 KB
Format:
Adobe Portable Document Format
Description: