Options
Gagasan Fishman dalam pemerihalan unsur Anthropomorphisme filem tempatan
Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
ISSN
2223-1535
Date Issued
2017
Author(s)
Mashetoh Abd.Mutalib
Universiti Utara Malaysia
Hishamudin Isam
Universiti Utara Malaysia
YusnizaYaakub
Universiti Utara Malaysia
Abstract
Bahasa yang berfungsi sebagai alat untuk berkomunikasi dan mengungkapkan idea dan perasaan sudah dimaklumi dalam kalangan anggota masyarakat, bahkan dengan bahasa juga membolehkan masyarakat mengungkapkannya menjadi lebih kreatif dan mampu menyesuaikannya berdasarkan konteks/situasi penggunaan. Secara tidak langsung, pengguna bahasa bijak dalam memanipulasi kosa kata/leksikal untuk satu-satu tujuan tertentu berdasarkan situasi tertentu. Kekreatifan tersebut timbul disebabkan oleh penutur dan yang dilawan tutur terdiri dalam kelompok sosial yang berbeza taraf sosialnya. Apabila berlaku perbezaan taraf sosial, maka akan terdapat perbezaan penggunaan bahasa antara satu kelompok dengan kelompok yang lain. Perbezaan ini sedikit sebanyak telah menimbulkan beberapa masalah kecelaruan bahasa dalam kalangan masyarakat Melayu khasnya dan masyarakat lain umumnya, terutama dalam kata panggilan/sapaan. Kajian ini bertujuan mengenal pasti dan menghuraikan kata anthropomorphisme dengan mengambil data daripada filem-filem Melayu yang bertemakan permasalahan sosial. Sebanyak lapan buah filem dijadikan sebagai data dalam kajian ini dengan mengguna pakai kerangka teori ‘who speak what language to whom and when?’ oleh Fishman (1965). Hasil kajian mendapati bahawa penutur menggunakan pelbagai variasi kata anthropomorphisme sebagai panggilan/sapaan bagi tujuan-tujuan tertentu, pada maksud tertentu dan pada tempat tertentu.