Kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti hubungan kepimpinan lestari guru besar dengan prestasi kerja guru sekolah jenis kebangsaan cina yang menerima bai’ah. Kajian ini melibatkan 218 orang guru sekolah jenis kebangsaan cina di daerah Timur Laut, Pulau Pinang. Pengumpulan data bagi kajian ini adalah dengan menggunakan satu set soal selidik berstruktur. Dapatan kajian mendapati tahap kepimpinan lestari adalah tinggi dengan skor min 4.11. Tahap prestasi kerja guru juga tinggi dengan skor min 4.24. Analisis ujian-t mendapati tidak terdapat perbezaan prestasi kerja guru berdasarkan jantina. Analisis korelasi digunakan untuk menjelaskan hubungan antara kepimpinan lestari dengan prestasi kerja dan berdasarkan analisis, didapati terdapat hubungan yang sederhana antara kepimpinan lestari dengan prestasi kerja guru. Implikasi dan beberapa cadangan penambahbaikan dalam kepimpinan lestari untuk kajian lanjutan turut
dikemukakan.