Publication:
Estet Padi: peranan dan peluang dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

Thumbnail Image
Date
2013
Authors
Hanum Hassan
Razli Ahmad
Azuddin Bahari
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merangkumi empat buah negerinegeri utara Semenanjung Malaysia yang terletak di Pantai Barat iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. NCER merupakan komitmen pihak kerajaan untuk membantu wilayah di negeri ini bagi memaksimumkan potensi ekonomi dan merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran masyarakat terhadap peranan dan kewujudan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Terdapat dua objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat terhadap NCER dari segi kewujudan dan peranan; dan mengenalpasti kesedaran masyarakat mengenai peluang-peluang yang ditawarkan melalui NCER. Dalam kajian ini, Koridor Tengah dipilih sebagai lokasi kajian. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, seramai 383 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah di pilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul akan diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan peratusan dan kekerapan
Description
Keywords
NCER, Kesedaran, Peranan, Peluang
Citation