Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Resources
  3. Journals
  4. Journal of Human Development and Communication (JoHDeC)
  5. Komunikasi kesihatan berkenaan COVID-19 melalui akaun Twitter Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
 
Options

Komunikasi kesihatan berkenaan COVID-19 melalui akaun Twitter Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Journal
Journal of Human Development and Communication (JoHDEC)
ISSN
2232-1535
Date Issued
2022
Author(s)
Noor Hiedayah Ahmad
Universiti Sains Malaysia
Nur Atikah A Rahman
Universiti Sains Malaysia
Handle (URI)
https://johdec.unimap.edu.my/
https://johdec.unimap.edu.my/images/PDF/JOHDEC_2022/66-78_BM.pdf
https://hdl.handle.net/20.500.14170/2108
Abstract
Media sosial seperti Twitter dapat dijadikan sebagai satu medium yang berkesan dalam menyampaikan komunikasi kesihatan dan menyebarkan maklumat mengenai pandemik COVID-19. Kajian lepas menunjukkan bahawa keberkesanan media sosial seperti Twitter dalam mengubah persepsi masyarakat memerlukan strategi yang jitu iaitu pemilihan corak topik dan teknik komunikasi yang bersesuaian dengan khalayak sasaran. Namun begitu, kajian mengenai corak topik, jenis komunikasi visual dan teknik komunikasi dalam melakukan komunikasi kesihatan untuk menghadapi pandemik COVID-19 masih belum banyak dikaji. Selain itu, terdapat juga beberapa kumpulan dalam masyarakat yang biasanya menghadapi masalah untuk memahami maklumat mengenai risiko kesihatan. Namun, dengan penggunaan gambar, video, grafik interaktif dan 3D, bahan-bahan ini dapat meningkatkan pemahaman khalayak terhadap sesuatu isu. Maka, makalah ini merupakan kertas konsep yang akan melihat kepada strategi komunikasi yang digunakan oleh individu yang menjawat jawatan selaku Menteri Kanan (Keselamatan) Negara dalam mengkomunikasikan maklumat berkaitan COVID-19 dan peranannya dalam kalangan masyarakat bagi memperolehi maklumat yang sahih. Pemimpin dianggap mempunyai peranan yang penting dalam mempengaruhi persepsi dan keputusan yang berkaitan kesihatan. Oleh itu, kajian yang melibatkan cara pemimpin melaksanakan komunikasi kesihatan perlulah diperbanyakkan agar dapat meningkatkan kredibiliti sesebuah kerajaan serta kebolehpercayaan masyarakat mengenai maklumat yang disampaikan kepada mereka.
Subjects
  • Corak topik

  • COVID-19

  • Komunikasi visual

  • Teknik komunikasi

  • Twitter

File(s)
Komunikasi Kesihatan berkenaan COVID-19 melalui Akaun Twitter.pdf (408.16 KB)
Views
3
Acquisition Date
Nov 19, 2024
View Details
Downloads
3
Acquisition Date
Nov 19, 2024
View Details
google-scholar
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies