Pemikiran luhur ialah pemikiran keagamaan yang berkaitan dengan aspek ketuhanan, ketauhidan dan kepercayaan terhadap seruan tuhan. Tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti lirik lagu yang mempunyai pemikiran luhur dan menghuraikan aspek pemikiran luhur yang terdapat dalam lirik lagu nyanyian M.Nasir. Analisis secara keseluruhan dilakukan bermula dari baris awal hingga akhir dalam lirik-lirik lagu nyanyian M.Nasir. Penekanan utama teori ini memberi fokus kepada penggunaan teori sastera yang menekankan aspek-aspek minda, rohani dan jasmani. Kaedah yang melibatkan kajian teks lirik lagu ini dipilih secara rawak. Seterusnya, data kajian dianalisis bersandarkan Teori Pemikiran Saintifik SPB4L. Keseluruhan pemilihan lagu yang menjadi fokus kajian mengandungi aspek pemikiran luhur. Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat pemikiran luhur seperti dalam aspek kehidupan manusia, aspek keimanan, kekuasaan,
akidah dan ketuhanan.