Tabiat merokok dalam kalangan remaja pada hari ini bukan sahaja
membabitkan remaja lelaki bahkan kini sudah menular dalam kalangan
remaja perempuan di negara ini begitu membimbangkan semua pihak.
Kempen Tak Nak merokok dilaksanakan oleh kerajaan bagi membendung
masalah ini. Namun tidak diketahui sejauh mana penerimaan remaja
terhadap kempen yang dijalankan kerana jumlah remaja merokok saban hari
semakin membimbangkan walaupun merokok memberi kesan negatif
kepada mereka. Objektif bagi kajian ini adalah untuk mengetahui tahap
penerimaan remaja dan mengetahui perkaitannya dengan kesan-kesan
kempen Tak Nak merokok seperti kognitif, sosioekonomi dan kesihatan
remaja yang merokok. Remaja dipilih secara persampelan mudah di sekitar
Kuala Lumpur. Mereka yang bersetuju diberi borang soal selidik. Seramai
382 orang remaja merokok telah dipilih daripada populasi remaja di sekitar
Kuala Lumpur. Hasil kajian mendapati tahap penerimaan remaja terhadap
kempen adalah di tahap yang sederhana iaitu 55% daripada jumlah
responden. Selain itu, hasil kajian juga mendapati antaranya, tahap
penerimaan remaja terhadap kempen mempunyai perkaitan secara positif
dan signifikan namun lemah dengan kesan kempen Tak Nak merokok
Kementerian Kesihatan Malaysia dari aspek terhadap kognitif remaja.