Kandungan asid lemak bebas merupakan sa/ah satu aspek yang sangat penting dalam
mengenalpasti kualiti sesuatu minyak kelapa sawit. Kaedah yang /azim digunakan bagi
penentuan kandungan asid /emak bebas dalam minyak kelapa sawit ialah kaedah titratan
dengan larutan natrium hidroksida. Bagaimanapun, kaedah ini memakan masa yang panjang
dan sukar dilakukan. Melalui kajian ini, suatu kaedah kolorimetri yang ringkas dan cepat telah
dibangunkan bagi menentukan kandungan asid /emak bebas dalam minyak kelapa sawit.
Kaedah ini berdasarkan kepada pembentukan kompleks kuprum-sabun selepas asid-asid
/emak bebas bertindak balas dengan /arutan kuprum asetat. Tiga sampel minyak kelapa sawit
telah ditentukan kandungan asid /emak bebas mela/ui kaedah kolorimetri dan titratan. Bagi
kaedah kolorimetri, kandungan asid lemak bebas dalam sampel-sampel tersebut ialah 1.93%,
0. 77% dan 0.16% wlw. Menggunakan kaedah titratan pula, kandungannya ialah 2.09%, 0. 73%
dan 0.16% w/w. Hasil kajian menunjukkan kaedah kolorimetri sesuai digunakan bagi penentuan
kandungan £!Sid lemak bebas dalam minyak kelapa sawit dengan /ebih mudah dan cepat
berbanding kaedah titratan