Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    Ciri-ciri umum usahawan berjaya: Analisis daripada perspektif Islam
    Keusahawanan memiliki garis panduan yang tersendiri dalam memerihalkan ciri-ciri usahawan berjaya. Ciri-ciri tersebut perlu dijadikan sebagai garis panduan kepada setiap individu yang berkecimpung dalam dunia keusahawanan. Usahawan yang berjaya bukan sahaja dinilai dari sudut pencapaian prestasi dan pemilikan material semata-mata tetapi juga perlu memenuhi tanggungjawab yang dituntut oleh agama. Justeru, artikel ini meneliti ciri-ciri umum usahawan berjaya seperti yang telah digariskan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah serta pandangan sarjana yang berkaitan topik yang dibincangkan. Kajian ini mendapati, usahawan yang dinilai sebagai berjaya iaitu individu yang cemerlang dalam bidang yang diceburi dan memenuhi tannggungjawabnya sebagai muslim, mu’min dan muflih.
      1  94
  • Publication
    Dinamisme Nilai-Nilai Murni Menurut Perspektif Islam
    (Penerbit Universiti Malaysia Perlis, 2009)
    Dinamisme nilai-nilai murni menurut perspektif islam menunjukkan bahawa dalam era digital langit terbuka yang begitu kompetatif , manusia telah mencapai tahap kemajuan yang tinggi dalam pelbagai bidang sesuai dengan kondisi, realiti dan penemuan teknologi yang serba canggih. Bersesuaian dangan sifat dinamis, kreatif dan inovatif yang ada kepada manusia, mereka sibuk membangunkan tamadun yang bersifat fizikal namun kurang memberi perhatian kepada kerangka spiritual yang berunsurkan nilai-nilai murni. Namun akibat kegagalan dan kealpaan manusia menghayati dan mengaplikasikan nilai-nilai murni yang berteraskan dogma agama mengakibatkan berlakunya dekadensi, kebejatan dan degradasi moral dalam institusi masyarakat. Secara eksplisitnya, manusia akan menghadapi stigma sosial yang melampau dan kemuncaknya, masyarakat akan hilang nilai-nilai kemanusiaan dan digantikan dengan nilai-nilai haiwaniah. Natijahnya, nilai-nilai mazmumah yang bertuhankan nafsu serakah menguasai diri manusia terpancar subur dan melahirkan individu-individu yang bersifat ego, sombong, tidak amanah, hasad dengki, ganas, zalim, mementingkan diri dan pelbagai nilai negatif yang lain. Fenomena kemuflisannilai-nilai murni dalam diri manusia menyebabkan timbul satu kefahaman bahawa untuk mendapatkan habuan di dunia persoalan nilai-nilai bukanlah satu elemen yang penting dan dianggap sebagai nilai pinggiran yang boleh diketepikan.
      20  2
  • Publication
    Fitrah Insan dan Ketuhanan: Cabaran Kontemporari
    Ciri-ciri pembangunan insan menurut Islam meliputi kemajuan keimanan, kemajuan keilmuan, kemajuan akhlak, penyuburan amal salih/kerja-kerja kebajikan, dan pada umumnya amr bi’l-ma’ruf (komitmen kepada kerja-kerja kebaikan), kesungguhan dalam menggerakkan nahy ‘ani’l-munkar (memerangi kemungkaran, jenayah, rasuah, keganasan dan seumpamanya), dan penghayatan keadilan. Pembangunan insan dalam Islam adalah pembangunan yang menghayati maqasid al-shari’ah (tujuan-tujuan syariat Ilahi), khususnya lima tujuan pokok Syariat Islam, iaitu memelihara agama; memelihara akal; memelihara nyawa, memelihara keturunan; dan memelihara harta. Dengan terjaminnya kelima-lima perkara ini maka barulah terjamin kesejahteraan dan keadilan masyarakat dan dengan itu juga terjaminnya pembangunan insan yang sebenar.
      4  16