Now showing 1 - 5 of 5
  • Publication
    Kerangka Islam dan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) sebagai asas dalam keusahawanan sosial Islam: satu penghayatan bagi usahawan sosial
    ( 2019)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Mohd Sollehudin Shuib
    ;
    Azizah Che Omar
    ;
    Islam adalah satu agama yang lengkap (syumul) dan menjadi panduan kepada seluruh manusia. Kerangka Islam yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak telah menjadi asas kepada manusia dalam setiap perkara. Untuk melaksanakan keusahawanan sosial Islam secara holistik, usahawan sosial perlu menerapkan kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) dalam diri serta mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) agar matlamat sosial yang ingin dicapai selari dengan kehendak syarak serta mampu memberikan sumbangan dan penglibatan kepada masayarakat secara maksimum. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan kerangka Islam sebagai asas dan panduan yang jelas kepada usahawan untuk melakukan aktiviti keusahawanan sosial, malah ditambah dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk alQuran dan Sunnah. Diharapkan apabila kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) diikuti dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dihuraikan, maka ia mampu mencapai matlamat keusahawanan sosial Islam dan seterusnya dapat meningkatkan syiar Islam.
  • Publication
    Analisis kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018
    ( 2019)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Mohd Sollehudin Shuib
    ;
    Azizah Che Omar
    ;
    Amirul Haqeem Abd Ghani
    ;
    Zakat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan dalam Islam, malah ia menjadi sumber kepada ekonomi Islam dalam meningkatkan kedudukan ekonomi, nilai sosial dan keadilan kepada masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf (fakir, miskin, amil, mualaf, arriqab, algharimin, fisabilillah dan ibn sabil). Kertas kerja ini membincangkan analisis umum terhadap jumlah kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018. Berdasarkan analisis kajian terhadap laporan tahunan dan maklumat dari Pejabat Transformasi Zakat Kedah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sebanyak RM50 juta dengan kadar 83 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Hal ini berkemungkinan akan terus meningkat hingga mencecah kepada angka RM200 juta pada tahun 2025. Dalam usaha mengembangkan zakat pendapatan di negeri Kedah, pihak LZNK perlu meneruskan kecemerlangan ini dengan memastikan kesedaran dan kepentingan melalui urus tadbir yang baik agar matlamat selari dengan visi yang telah ditetapkan.
  • Publication
    Keusahawanan sosial Islam: penerapan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) dalam diri usahawan sosial berjaya Muslim
    ( 2016)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Keusahawanan sosial Islam adalah salah satu aktiviti muamalat dalam menyeimbangkan ekonomi sesebuah negara. Bagi melaksanakan KSI secara holistik, usahawan tersebut perlu menerapkan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dalam diri agar objektif yang ingin dicapai berjaya di dunia dan akhirat. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan sifat-sifat terpuji (mahmudah) berdasarkan pandangan Imam al-Ghazali. Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk al-Quran dan as-Sunnah. Hasil kajian menunjukkan bahawa sifat-sifat terpuji (mahmudah) perlu diutamakan dalam mencapai matlamat keusahawanan sosial Islam. Antara sifat-sifat terpuji itu adalah taubat, ikhlas, takut kepada Allah SWT, zuhud, sabra, syukur, tawakal, kasih saying, redha dan mengingati mati. Oleh itu, perbincangan mendalam secara ilmiah akan diketengahkan dalam kajian ini.
  • Publication
    A conformity tool for Islamic social entrepreneurship: towards Muslim social entrepreneur
    ( 2015)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    ;
    Azizan Bahari
    This study focuses on the development of a conformity tool for Islamic social entrepreneurship (ISE) towards Muslim social entrepreneur (MSE). Previous literature studied on the concept of social entrepreneurship based on the Western perspective. However, none of the Islamic social entrepreneurship model is dedicated towards social entrepreneur. Therefore, the objective of this study is to develop a conformity tool to measure the percentages of social entrepreneur in Islamic social entrepreneurship. The conformity tool was validated through expert review. Findings from the expert reviews show that the majority of the experts agreed and perceived the conformity tool as bringing benefit to the social entrepreneur and entrepreneur institutions; help to give awareness; help to increase the social activities based on Islamic social entrepreneurship; and to avoid prohibited element such as riba, gharar and maisir.
  • Publication
    Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam
    ( 2014)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Azizi Abu Bakar
    ;
    Bidang keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang di bawah konteks Muamalah di mana ianya dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpontensi besar dalam membangunkan ekonomi ummah sejagat. Islam memandang berat tentang amalan nilai-nilai murni yang diaplikasikan oleh golongan usahawan terutama golongan usahawan berjaya dalam meneruskan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Pembentukan model dalam meningkatkan hubungan di antara usahawan berjaya dengan tuhan, sesama manusia dan alam bagi mencapai Maqasid Syariah sangat diperlukan untuk dijadikan panduan dan sandaran bagi memartabatkan agama Islam itu sendiri. Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada model usahawan yang berjaya dalam melaksanakan amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial menurut perspektif Islam. Oleh itu, perbincangan berdasarkan sumber hukum al-Quran dan as-Sunnah akan ditekankan bagi mencapai sistem al-falah iaitu mendapatkan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.