Now showing 1 - 6 of 6
  • Publication
    Kerangka Islam dan sifat-sifat terpuji (Mahmudah) sebagai asas dalam keusahawanan sosial Islam: satu penghayatan bagi usahawan sosial
    ( 2019)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Mohd Sollehudin Shuib
    ;
    Azizah Che Omar
    ;
    Islam adalah satu agama yang lengkap (syumul) dan menjadi panduan kepada seluruh manusia. Kerangka Islam yang terdiri daripada akidah, syariah dan akhlak telah menjadi asas kepada manusia dalam setiap perkara. Untuk melaksanakan keusahawanan sosial Islam secara holistik, usahawan sosial perlu menerapkan kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) dalam diri serta mempunyai sifat-sifat terpuji (mahmudah) agar matlamat sosial yang ingin dicapai selari dengan kehendak syarak serta mampu memberikan sumbangan dan penglibatan kepada masayarakat secara maksimum. Kertas kerja ini adalah bertujuan menghuraikan kerangka Islam sebagai asas dan panduan yang jelas kepada usahawan untuk melakukan aktiviti keusahawanan sosial, malah ditambah dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah). Kaedah penyelidikan yang digunakan adalah analisis kandungan berdasarkan kajian-kajian lepas serta merujuk alQuran dan Sunnah. Diharapkan apabila kerangka asas Islam (akidah, syariah dan akhlak) diikuti dengan sifat-sifat terpuji (mahmudah) dihuraikan, maka ia mampu mencapai matlamat keusahawanan sosial Islam dan seterusnya dapat meningkatkan syiar Islam.
  • Publication
    Analisis kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018
    ( 2019)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Mohd Sollehudin Shuib
    ;
    Azizah Che Omar
    ;
    Amirul Haqeem Abd Ghani
    ;
    Zakat merupakan ibadah yang wajib dilaksanakan dalam Islam, malah ia menjadi sumber kepada ekonomi Islam dalam meningkatkan kedudukan ekonomi, nilai sosial dan keadilan kepada masyarakat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik. Zakat diagihkan kepada lapan golongan asnaf (fakir, miskin, amil, mualaf, arriqab, algharimin, fisabilillah dan ibn sabil). Kertas kerja ini membincangkan analisis umum terhadap jumlah kutipan zakat pendapatan di negeri Kedah bagi tahun 2012 hingga 2018. Berdasarkan analisis kajian terhadap laporan tahunan dan maklumat dari Pejabat Transformasi Zakat Kedah menunjukkan bahawa berlaku peningkatan sebanyak RM50 juta dengan kadar 83 peratus dalam tempoh tujuh tahun. Hal ini berkemungkinan akan terus meningkat hingga mencecah kepada angka RM200 juta pada tahun 2025. Dalam usaha mengembangkan zakat pendapatan di negeri Kedah, pihak LZNK perlu meneruskan kecemerlangan ini dengan memastikan kesedaran dan kepentingan melalui urus tadbir yang baik agar matlamat selari dengan visi yang telah ditetapkan.
  • Publication
    Applying diffusion of innovation theory and Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) on farmers’ use of communication technology
    ( 2016) ;
    Rosli Mohammed
    ;
    Mohd Khairie Ahmad
    ;
    ;
    Mohamad Rezal Hamzah
    ;
    ;
    Hayrol Azril Shaffril
    The study is focused on the use of communication technology in agricultural development. It is inevitable for the farmers to utilise the communication technology, which is a well known innovation, in order to get hold of various agricultural information that could help them to heighten the quality and quantity of agricultural products. Innovation is the implementation of ideas, products, practices, and services that adds the value to individuals (Rogers, 2003). The Malaysian farmers are merely way behind in terms of utilizing communication technology, which have prompted the researchers to look at this phenomenon in greater depth. The aim of this study is to help more farmers to use communication technology, henceforth naturally increases the number of knowledgeable and informative farmers. Based on Diffusion of Innovation Theory and Unified Theory of Acceptance and Use of Techology (UTAUT), this study observes the effectiveness of the combination of these two theories specifically on the use of communication technology among farmers. The construct of innovation characteristics includes relative advantages, compatibility, trialibility, complexity, and observability, whereas the construct of technology acceptance includes effort expectation, performance expectations, social influence, and facilitating situation. A total of 398 malaysian farmers were involved in this study as the respondents. The result shows that the use of communications technology such as interactive media and social media, can largely be utilised by the farmers, as the use and the acceptance of communication technology have increased. A linear regression test has shown the effect on the Diffusion of Innovation Theory and UTAUT is at 10.2 variance changes. Thus, the combined use of these 2 theories suits effectively to be the foundation to investigate the use of the communication technology among farmers. This model can be improved or further modified for future research to identify other factors that could play a role in the use and acceptance of innovation, especially among farmers.
  • Publication
    Lima tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
    ( 2016)
    Hazrul Affendi Mohmad Razali
    ;
    Zamri Arifin
    ;
    Hakim Zainal
    ;
    Mohd. Nizho Abdul Rahman
    ;
    Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) daripada tahun 2009 hingga 2015 menunjukkan bahawa peratus pelajar yang tidak layak menerima sijil STAM tidak pernah kurang daripada 32%. Manakala dapatan kajian terdahulu berkaitan dengan mata pelajaran dalam bidang bahasa Arab STAM pula menunjukkan bahawa tahap penguasaan pelajar berada pada tahap lemah. Penguasaan bahasa Arab dalam kalangan guru merupakan antara faktor yang mempengaruhi pencapaian pelajar. Penguasaan bahasa Arab bermaksud keupayaan menguasai komponen yang membentuk bahasa tersebut. Antara komponen yang membentuk bahasa Arab adalah peraturan bahasa. Peraturan bahasa pula dibahaskan dalam ilmu Nahu. Kajian ini merupakan kajian rintis yang bertujuan untuk mengenal pasti tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM. Di samping itu, kajian ini juga bertujuan untuk menganalisis instrumen yang digunakan dan menilai kesahan dan kebolehpercayaan item instrumen kajian. Kajian ini melibatkan seramai 26 orang responden daripada Sekolah Menengah Agama Negeri (SMAN), Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) di negeri Perak. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah soal selidik dan satu set ujian tahap penguasaan ilmu Nahu. Hasil kajian mendapati tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM hanyalah berada pada tahap memuaskan. Manakala indeks kesukaran dan indeks diskriminasi item yang diperolehi melalui analisis item ujian pula telah menunjukkan bahawa semua item dapat digunakan dalam kajian sebenar. Kesahan set ujian tahap penguasaan ilmu Nahu diperolehi daripada dua orang pakar penilai melalui kesahan muka dan kesahan kandungan. Kebolehpercayaan item ujian yang diukur menggunakan formula Kuder-Richardson (KR-20) pula telah memperoleh nilai 0.894. Nilai ini menunjukkan kebolehpercayaan item dan ketekalan dalaman set ujian adalah tinggi dan sesuai untuk digunakan dalam kajian sebenar. Dapatan kajian ini menjelaskan bahawa wujud keperluan untuk meningkatkan lagi tahap penguasaan ilmu Nahu dalam kalangan guru-guru STAM dan juga keperluan melaksanakan kajian yang melibatkan responden yang lebih ramai.
  • Publication
    Konsep kerja berpasukan dalam kalangan usahawan Al-Wahida Marketing: satu kajian penerokaan
    ( 2014)
    Mohd Nizho Abdul Rahman
    ;
    Kajian ini memfokuskan isu berkaitan pengurusan yang melibatkan konsep kerja berpasukan menurut pandangan sarjana konvensional dan Islam. Justeru bagi memenuhi maksud kajian, maka metodologi kualitatif dan kuantitatif digunakan bagi memenuhi matlamat yang ingin dicapai. Hasil kajian mendapati tiga elemen utama yang menyumbang kepada konsep kerja berpasukan, iaitu kepercayaan, perkongsian dan komitmen. Selain itu, ia adalah pemangkin kepada konsep kerja berpasukan di samping elemenelemen yang lain. Bagi melihat kepada realiti sebenar konsep kerja berpasukan yang dipraktikkan oleh usahawan, maka sebuah syarikat bumiputera yang mempunyai usahawan yang berjaya memasarkan produk syarikat melalui konsep kerja berpasukan dijadikan sampel kajian. Sampel kajian yang dilakukan adalah melibatkan 144 orang usahawan yang pernah mendapat anugerah daripada Syarikat HPA. Responden yang dipilih adalah melibatkan mereka yang berpangkat dan usahawan biasa dalam al-Wahida di seluruh Malaysia. Data kajian dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) Version 12.0. Hasil kajian dilaporkan dalam bentuk deskriptif. Dapatan kajian juga menjelaskan konsep kerja berpasukan terbentuk dari ketiga-tiga elemen yang dimaksudkan pada tahap yang tinggi (Min=4.23, S.Piawai=0.31).
  • Publication
    Model usahawan berjaya dalam amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial Islam
    ( 2014)
    Mohd Adib Abd Muin
    ;
    Azizi Abu Bakar
    ;
    Bidang keusahawanan sosial Islam adalah salah satu cabang di bawah konteks Muamalah di mana ianya dikenal pasti sebagai pemangkin yang berpontensi besar dalam membangunkan ekonomi ummah sejagat. Islam memandang berat tentang amalan nilai-nilai murni yang diaplikasikan oleh golongan usahawan terutama golongan usahawan berjaya dalam meneruskan aktiviti keusahawanan sosial Islam. Pembentukan model dalam meningkatkan hubungan di antara usahawan berjaya dengan tuhan, sesama manusia dan alam bagi mencapai Maqasid Syariah sangat diperlukan untuk dijadikan panduan dan sandaran bagi memartabatkan agama Islam itu sendiri. Kertas kerja ini akan memberi fokus kepada model usahawan yang berjaya dalam melaksanakan amalan nilai-nilai murni keusahawanan sosial menurut perspektif Islam. Oleh itu, perbincangan berdasarkan sumber hukum al-Quran dan as-Sunnah akan ditekankan bagi mencapai sistem al-falah iaitu mendapatkan keredaan Allah SWT di dunia dan akhirat.