Now showing 1 - 2 of 2
No Thumbnail Available
Publication

Pengurusan Operasi : Teori Amalan Praktis

2018 , Masri Azrul Nayan , Abdullah Osman , Muhammad Safizal Abdullah , Nor Faizzah Ramlee , Mohammad Harith Amlus

Buku ini ditulis untuk membantu para pembaca dan pelajar-pelajar pengurusan khasnya, untuk memahami Konsep-Konsep Asas Pengurusan Operasi Organisasi. Pembaca akan didedahkan dengan Sejarah dan Evolusi Ilmu Pengurusan Operasi, Perkaitan antara Operasi dan Strategi Organisasi, Aspek Pengurusan Kualiti di dalam Operasi Organisasi, Teknik-Teknik Peramalan yang Digunakan untuk Meramal Trend Permintaan, Perancangan Strategi Reka Bentuk Produk, Perancangan Strategi Proses dan Kapasiti Pengeluaran, Faktor-Faktor Penentu Pemilihan Lokasi Perniagaan, Strategi Susunatur di dalam Fasiliti Pengeluaran, Kaedah Penilaian Kerja, Konsep Pengurusan Rantaian Bekalan dan E-Dagang, Pengurusan Inventori di dalam Organisasi, Perancangan Keperluan Bahan dan Strategi Inventori, Perancangan Agregat dan Strategi Perancangan Agregat, Penjadualan Jangka Masa Pendek, Strategi Pengurusan Projek, Model Linear Programming, dan Model Menunggu. Semoga maklumat yang dipaparkan di dalam buku ini dapat menyediakan asas kefahaman kepada pembaca untuk digunakan sebagai kompas pemikiran dan tindakan untuk menjadi seorang pengurus yang berkesan.

No Thumbnail Available
Publication

Asas Pemprosesan Data: Aplikasi Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS)

2018 , Abdullah Osman , Muhammad Safizal Abdullah , Hazalina Mat Soha

Buku ASAS PEMPROSESAN DATA: Aplikasi Perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) ini memberikan panduan bergambar dengan menggunakan pendekatan tunjuk ajar langkah-demi-langkah (step-by-step guidelines) untuk membimbing pembaca menggunakan aplikasi perisian SPSS untuk memproses data di dalam kajian kuantitatif. Buku panduan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian yang dimulai dengan Membincangkan Langkah-Langkah Awal untuk Memula dan Menggunakan Program SPSS. Seterusnya, perbincangan kepada aspek pengurusan data yang Mengupas Tatacara Penghasilan Pembolehubah, Syarat untuk Membina Pemboleh ubah, dan Jenis-Jenis Pemboleh ubah, dan akhir sekali. Mendemonstrasikan Pengendalian Data Melalui Arahan Menu TRANSFORM dan A N A LY Z E. Semoga pengguna-pengguna modul ini beroleh manfaat dan berupaya mengendalikan perisian SPSS untuk menganalisa data-data penyelidikan dengan lebih berkesan.