2014,
Alida Abdullah,
Shahrizam Saad,
Abdullah Chik,
Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah,
Muhamad Qauyum Zawawi Ahamad Suffin
Buku ini membicarakan beberapa asas dalam bidang seramik. Ia meliputi aspek seperti pengenalan bahan seramik, seramik silikat, kaca dan seramik kaca, komposit matrik seramik, elektroseramik dan seramik oksida. Buku ini sesuai untuk dijadikan sebagai rujukan asas bagi pelajar-pelajar kejuruteraan bahan, kejuruteraan awam, sains dan lain-lain. Ia merangkumi beberapa subjek asas yang biasa dipelajari dalam bidang seramik.
2014,
Mohd Fitri M.W.,
Mohamed Faisol Mohamed Nor,
Faizul Che Pa,
Muhamad Qauyum Zawawi Ahamad Suffin
Tuangan adalah salah satu teknik penghasilan logam yang telah lama dipraktikkan. Setiap kaedah tuangan mempunyai kelebihan dan keunikan yang tersendiri. Dengan perkembagan dan kemajuan teknologi kejuruteraan, teknik tuangan telah dipertingkatkan dan diperluaskan. Topik yang terkandung di dalam buku ini telah diolah dan disusun bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran tentang penghasilan logam melalui teknik tuangan. Dengan terhasilnya penerbitan buku ini, diharapkan dapat membantu dan meningkatkan pemahaman terhadap asas-asas tuangan logam.