Now showing 1 - 2 of 2
No Thumbnail Available
Publication

Asas Polimer

2010 , Che Mohd Ruzaidi Ghazali , Sinar Arzuria Adnan , Yusrina Mat Daud , Luqman Musa , Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah

Buku asas polimer merupakan sebuah buku yang membincangkan beberapa perkara asas yang utama dalam bidang polimer. Kebanyakan kita mengetahui tentang polimer tetapi tidak pada asas dan sifat semulajadi bahan polimer tersebut. Polimer kini lebih bernilai dan diperlukan dalam bidang binaan, angkasa lepas, komunikasi, pembuatan, pengangkutan, perubatan dan lain-lain keperluan harian. Polimer yang wujud secara semulajadi termasuklah bahan yang kita guna sebagai tar, syelek, getah pokok dan lain-lain menuntut kepada kita untuk memahami dengan lebih jelas ciri-ciri dan sifat bahan polimer. Buku ini dapat memenuhi keperluan dan minat terutamanya pelajar-pelajar untuk memahami dengan lebih mendalam lagi mengenai asas-asas dan sifat-sifat bahan polimer. Tajuk-tajuk yang dibincangkan di dalam buku ini disusun dan dioleh degan cara yang mudah untuk pengajaran dan pembelajaran tentang asas-asas polimer. Buku ini sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan asas pelajar-pelajar kejuruteraan bahan, kejuruteraan polimer, teknologi polimer dan sains. Ia juga merangkumi beberapa subjek asas yang penting dalam bidang polimer termasuk kimia polimer, struktur fizikal polimer, reologi polimer, aplikasi, sifat dan pengujian polimer.

No Thumbnail Available
Publication

Pengenalan Bahan Komposit

2011 , Khairel Rafezi Ahmad , Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah , Che Mohd Ruzaidi Ghazali , Shamsul Baharin Jamaluddin , Mohamed Faisol Mohamed Nor , Alida Abdullah

Bahan komposit ialah satu bahan kejuruteraan yang juga dikenali sebagai ‘Bahan Termaju’ dan penggunaannya semakin meluas pada masa kini. Perkara-perkara asas seperti jenis, sifat, kaedah penghasilan dan contoh aplikasi bagi bahan komposit dibincangkan di dalam buku ini. Buku ini juga menerangkan secara terperinci tentang bahan komposit seperti komposit matriks polimer, komposit matriks logam, komposit matriks seramik dan komposit matriks simen. Dengan terhasilnya penerbitan buku ini, diharapkan dapat membantu dan menarik minat pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang bahan komposit dalam meningkatkan pemahaman terhadap asas-asas komposit atau bahan termaju dalam kejuruteran bahan.