Now showing 1 - 2 of 2
No Thumbnail Available
Publication

Sistem Binaan Berindustri

2012 , Norlia Mohamad Ibrahim , Nur Liza Rahim , Syakirah Afiza Mohammed , Roshazita Che Amat , Kamarudin Hussin , Mohammad Tamizi Selimin

Buku Sistem Binaan Berindustri ini mendedahkan para pembaca mengenai sistem pembinaan bangunan yang lebih praktikal dan mesra alam iaitu menggunakan sistem binaan berindustri. Buku ini turut menerangkan sejarah ringkas penggunaan sistem binaan secara berindustri yang sebenarnya telah wujud beberapa dekad yang lalu. Ia juga menyentuh secara ringkas perkembangan sistem ini dari semasa ke semasa. Antara tajuk yang terkandung di dalam buku ini ialah penerangan tentang konsep kebolehbinaan dan sistem modular yang digunakan dalam reka bentuk binaan. Konsep ini amat penting difahami bagi memastikan proses reka bentuk dan pembinaan dapat berjalan dengan lancar dan dapat menjimatkan masa. Tajuk-tajuk lain yang terkandung dalam buku ini termasuklah penskoran dalam sistem binaan berindustri, reka bentuk dan pemasangan serta perkembangan sistem binaan berindustri di Malaysia.

Thumbnail Image
Publication

Kejuruteraan konkrit

2010 , Mohd. Mustafa Al Bakri Abdullah , Mohammad Tamizi Selimin , Abu Bakar Mohamad Diah , Wan Mohd Sabki Wan Omar , Norlia Mohamad Ibrahim , Roshazita Che Mat

Kejuruteraan konkrit merupakan sebuah buku yang membincangkan secara mudah mengenai pengenalan, prinsip-prinsip dan amalanteknologi konkrit masa kini. Buku ini meliputi pelbagai bacaan serta memberikan asas menyeluruh bagi subjek, pengenalan ciri-ciri prestasi, reka bentuk konkrit, reka bentuk konkrit bertelulang mengikut piawaian serta pengenalan kepada konkrit pra- tegasan dan Sistem Binaan Berindustri (Industrialized Building System - IBS). Selain itu buku ini juga memberi penekanan dalam mengkaji sifat-sifat konkrit dan menyemak teknik-teknik yang betul dalam pemprosesan konkrit serta mengandungi tip-tip penting untuk diberi penelitian.