Options
Harshita Aini Haroon
Preferred name
Harshita Aini Haroon
Official Name
Haroon, Harshita Aini
Alternative Name
Haroon, Harshita Aini
Haroon, H. A.
Haroon, HA
Main Affiliation
Scopus Author ID
57193407294
Researcher ID
AAA-5409-2019
Now showing
1 - 1 of 1
-
PublicationKajian bagi menyelaraskan ujian penulisan kepada Common European Framework of Reference (CEFR)( 2023)Secara umumnya, proses menyelaraskan penilaian bahasa Inggeris kepada piawaian antarabangsa, seperti Common European Framework of Reference (CEFR) dapat mengukuhkan kesahihan ujian yang dibangunkan. Kertas kerja ini adalah bertujuan untuk mengkaji bagaimana skala CEFR dapat dioperasikan dalam pembangunan ujian penulisan kepada pelajar antarabangsa bagi saringan tahap penguasaan Bahasa Inggeris pelajar antarabangsa untuk kemasukan ke universiti. Pada beberapa peringkat pembangunan ujian berasaskan CEFR ini, proses untuk menghubungkan ujian penulisan dengan CEFR telah dikaji. Di awal pembangunan item ujian, penggubal item ujian mengenalpasti tahap keperluan minimum penguasaan pelajar berdasarkan skala CEFR yang ingin diukur. Seterusnya proses pembinaan item ujian dan proses semakan aras kesukaran item dijalankan. Skala pemarkahan kemudiaannya disemak untuk mengenalpasti kriteria yang dinilai dan julat markah bagi setiap skala CEFR ditentukan. Setelah ujian dijalankan kepada pelajar antarabangsa, sampel markah pelajar dinilai dan markah bagi sampel diselaraskan berdasarkan rubrik skala CEFR. Akhirnya, nilai tahap persetujuan yang tinggi di antara pemeriksa ujian penulisan digunakan untuk meningkatkan kesahihan pelaporan markah pelajar berdasarkan kepada skala CEFR. Kajian masa hadapan dapat dilaksanakan kepada proses penyelarasan ujian berasaskan CEFR kepada kemahiran mendengar, bercakap dan juga membaca bagi mendapatkan keputusan tahap penguasaaan bahasa Inggeris pelajar yang lebih menyeluruh.
2 30