Now showing 1 - 3 of 3
Thumbnail Image
Publication

Chemical waste disposal at the workplace vis-a-vis The Ocupational Safety and Health 1994 and The Enviromental Quality Act, 1974

2012 , Azuddin Bahari , Hanum Hassan , Razli Ahmad

Bioprocess Engineering is involved in the design and development of equipment and also in the process for the manufacturing of products from biological materials to finished product. The outputs form the process benefit mankind. The applications of bioprocess engineering in the production of biomaterials in order to obtain finished goods have in addition resulted in the creation of chemical waste which is hazardous. Having said about the benefit, the majority of us whether academicians, scientists, researchers and workers, who are involve in chemical handling, place less important on the hazard related with the use of chemicals at the workplace. The effect on the aforementioned group will be occupational disease. In this Journal academicians, scientists, researcher's etcetera will present their latest research and development findings in the fields they are engage that are useful to human life and less priority is given to safety and health at the workplace. Hence, the authors aim in this journal to present a conceptual paper on the managing of chemical and disposal of chemical waste generate by Bioprocess Engineering at the workplace in accordance to the law so as to create a safe and conducive working environment at the workplace.

Thumbnail Image
Publication

Estet Padi: peranan dan peluang dalam Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER)

2013 , Hanum Hassan , Razli Ahmad , Azuddin Bahari

Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merangkumi empat buah negerinegeri utara Semenanjung Malaysia yang terletak di Pantai Barat iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak Utara. NCER merupakan komitmen pihak kerajaan untuk membantu wilayah di negeri ini bagi memaksimumkan potensi ekonomi dan merapatkan jurang pembangunan dan pendapatan dengan kawasan-kawasan lain di Malaysia. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti kesedaran masyarakat terhadap peranan dan kewujudan Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER). Terdapat dua objektif kajian iaitu mengenalpasti tahap kesedaran masyarakat terhadap NCER dari segi kewujudan dan peranan; dan mengenalpasti kesedaran masyarakat mengenai peluang-peluang yang ditawarkan melalui NCER. Dalam kajian ini, Koridor Tengah dipilih sebagai lokasi kajian. Dengan menggunakan kaedah tinjauan, seramai 383 orang yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat telah di pilih sebagai responden melalui kaedah persampelan rawak mudah. Data yang dikumpul akan diproses menggunakan perisian Statistical Package For Social Sciences (SPSS) dengan menggunakan peratusan dan kekerapan

No Thumbnail Available
Publication

Kemelut survival Melayu dalam era globalisasi

2010-03-29 , Hanum Hassan , Razli Ahmad , Azuddin Bahari

Keadaan orang Melayu pada hari ini semakin tergugat di tanah airnya sendiri. Walaupun diiktiraf sebagai peribumi namun, kedudukan mereka jauh terkebelakang berbanding kaum-kaum lain. Pelbagai data atau statistik dipaparkan mengenai kedudukan orang Melayu berbanding kaum lain. Namun, orang Melayu masih lagi di takuk yang lama. Persoalannya, mengapa keadaan ini masih lagi berlegar dalam kalangan orang Melayu. Sudah pasti keadaan ini menunjukkan yang orang Melayu berhadapan dengan kemelut yang sukar untuk ditangani dan menjadi parah jika keadaan ini tidak diatasi segera kerana bimbang orang Melayu tidak boleh bersaing dalam era globalisasi. Kemelut untuk meneruskan survival Melayu pada dasarnya tidaklah sukar untuk diatasi jika setiap orang Melayu sedar akan potensi, kelebihan dan kekuatan yang ada pada dirinya. Menjadi masalah jika Melayu itu tidak tahu tentang dirinya sendiri. Dengan 66% sebagai penduduk negara, tidak mustahil untuk Melayu bangun menguasai ekonomi negara kerana sejarah telah pun membuktikannya.