Now showing 1 - 1 of 1
  • Publication
    Representasi budaya dan identiti dalam muzik video Lalisa
    ( 2023) ; ; ;
    Siti Balkis MKM Mohamed Ibrahim
    ;
    Husna Hazwani Zakaria
    Pada masa kini, pengaruh Hallyu ataupun gelombang Korea masih tetap dirasai oleh masyarakat dunia. Ini dapat dibuktikan apabila muzik popular Korea yang dihasilkan oleh ramai penyanyi di Korea telah terbukti berjaya menempa nama sehingga ke peringkat antarabangsa. Antara contoh kejayaan adalah menerusi Lisa daripada anggota kumpulan ‘Blackpink’ yang telah mencetuskan fenomena pada tahun 2021 apabila muzik video ‘Lalisa’ telah dinobatkan sebagai muzik video yang mendapat tontonan paling tinggi dalam masa 24 jam di dunia. Oleh itu, dengan menggunakan sampel terhadap muzik video ‘Lalisa’, kajian ini ingin melihat apakah representasi identiti dan budaya yang telah dipaparkan Lisa dalam muzik video ini dengan menggunakan landasan Teori Norma Budaya daripada Melvin De Fleur (1970). Kajian ini juga telah menggunakan kaedah kualitatif analisis tekstual dan mendapati bahawa, walaupun Lisa merupakan penyanyi yang telah menempa nama di Korea Selatan dan dikenali seluruh dunia, namun identiti dan budaya asalnya sebagai anak kelahiran Thailand tetap dikekalkan dan dipromosikan kepada dunia melalui muzik video ini. Ini sekaligus membuktikan bahawa Lisa bukan sahaja seorang penyanyi yang mempunyai nilai patriotism yang tinggi malah juga mempamerkan imej yang amat baik dengan tidak melupakan asal usul beliau.
      1  6