Buku Asas Rancangan Perniagaan Kejuruteraan ialah sebuah buku yang membicarakan mengenai beberapa komponen yang seharusnya wujud di dalam rancangan perniagaan. Apa yang ditekankan ialah pengetahuan asas untuk menghasilkan rancangan perniagaan yang mudah difahami, lengkap dan mempunyai penerangan yang jelas. Buku ini mengandungi 10 bab utama yang telah diperhalusi mengikut sub-sub topik tertentu seperti memahami rancangan perniagaan, pelan rancangan dalam menentukan organisasi, kewangan, pengeluaran dan rancangan pemasaran.