Hantaran seks: kajian kesedaran dalam kalangan mahasiswa
2021,
Noormarlinna Tasman,
Adila Ismail
Kajian ini mengkaji kesedaran mahasiswa Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengenai
isu hantaran seks (sexting). Seramai 4 orang informan telah ditemu bual untuk mengupas
isu gejala hantaran seks dan menjawab segala persoalan yang dikaji di dalam kajian ini.
Kajian ini akan mengupas tentang sejauh mana mahasiswa UniMAP mengetahui tentang
hantaran seks, faktor-faktor berlakunya hantaran seks dan implikasi. Antara faktor
berlakunya hantaran seks ialah pengaruh media sosial, pengaruh rakan sebaya, dan juga
kurangnya perhatian dari ibu bapa sehingga menyebabkan anak-anak mencari bentuk
hiburan lain. Seterusnya, beberapa cadangan untuk diambil tindakan pada masa depan
bagi membendung gejala hantaran seks ini telah diperincikan.