Options
Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob
Preferred name
Tengku Kastriafuddin Shah Tengku Yaakob
Official Name
Tengku Kastriafuddin Shah, Tengku Yaakob
Alternative Name
Tengku Yaakob, T.K.S.
Main Affiliation
Scopus Author ID
57202949759
Researcher ID
HHB-2837-2022
Now showing
1 - 2 of 2
-
PublicationWarisan seni Keris tradisional Melayu: satu analisis dari perspektif kebudayaan Melayu(Penerbit UniMAP (UniMAP Press), 2019)
; ; ;Jamsari Jamaluddin ; ; ;Amani Ali ; ;Keris merupakan senjata warisan yang menjadi lambang keberanian dan kesatriaan masyarakat Melayu sejak zaman berzaman. Kehebatan senjata itu begitu istimewa hinggakan pahlawan Melaka, Laksamana Hang Tuah begitu sinonim dengan keris yang dikenali dengan Taming Sari. Sehingga kini, keris menjadi lambang kebesaran institusi kesultanan Melayu di negara ini. Keunikan keris bukan sahaja terserlah ketika ditampilkan dalam gerak jurus persilatan, malah ia bermula daripada pembuatannya yang teliti dan halus. Meskipun, keris dilihat sebagai alat kebesaran dan kebudayaan namun mitos-mitos yang beredar dalam kelompok masyarakat yang beranggapan keberadaan keris dipandang dan difahami dengan cara yang salah menyebabkan salah satu benda peninggalan budaya ini dijauhi oleh golongan muda pada masa kini. Sebagai contoh, mitos mendirikan keris harus memiliki ilmu kebatinan dan lain-lainnya, tetapi sekiranya difikir secara logik mendirikan keris adalah disebabkan oleh keseimbangan menguasai benda, seperti dalam hukum fizik dan graviti. Kepercayaan mistik tersebut masih lagi melekat dalam kepercayaan masyarakat yang dipegang oleh masyarakat tradisional dahulu malah masih lagi dipercayai oleh masyarakat moden pada hari ini. Penulisan kertas kerja ini adalah bersumberkan kepada dokumen-dokumen bertulis yang sedia ada. Analisis berkaitan dokumen bertulis tersebut akan disaring bagi menjawab persoalan kajian dalam kertas kerja ini. Umumnya, pemahaman tentang keris ternyata masih lagi mendapat tempat dalam masyarakat khususnya dalam kalangan individu pengumpul keris dan pencinta kebudayaan. Pada awalnya fungsi keris memang dianggap sebagai senjata tikam. Namun, apabila berlakunya perkembangan dan perubahan zaman fungsi keris telah berubah menjadi alat pusaka. Pada masa tertentu keris juga sempat dijadikan sebagai simbol status sosial dan pada masa kini penerimaan keris cenderung kepada alat perhiasan dan kesenian serta kebudayaan.31 29 -
PublicationPembangunan Model Personaliti Unggul Pesalah Juvana (MPUPJ)( 2023)
; ;Nur Suriaty Daud @ Fhiri ; ; ;Mohd Soffian Mohammad Rosbi ; ; ;Jasin Abd HalimKesalahan jenayah dalam kalangan kanak-kanak adalah masalah sosial yang sangat membimbangkan. Secara umumnya, masalah kanak-kanak berkonflik dengan undang-undang atau terlibat dengan kesalahan jenayah adalah isu sejagat kerana ianya berlaku di semua negara di dunia. Sehubungan dengan itu, objektif utama artikel ini adalah untuk menganalisis definisi jenayah dan jenayah juvana di Malaysia. Pada masa yang sama, artikel ini juga memfokuskan kepada jenayah juvana yang berlaku di negeri Perlis. Di samping itu, artikel ini turut mengenalpasti hukuman yang dikenakan kepada kanak-kanak yang melakukan jenayah. Artikel ini mendapati bahawa terdapat kelompangan berkenaan faktor yang mendorong pesalah untuk berubah dan boleh mengubah pesalah juvana lain menjadi lebih baik. Metodologi yang digunakan dalam kajian ini adalah kajian kuantitatif iaitu penganalisisan data. Selain itu, kertas kerja ini juga membangunkan model personaliti unggul pesalah juvana. Model ini adalah penambahbaikan penambahbaikan kepada modul program pemulihan pesalah juvana sedia ada.8 159