Now showing 1 - 1 of 1
Thumbnail Image
Publication

Penggunaan strategi komunikasi berdasarkan bahasa ibunda dalam pembelajaran bahasa asing di Malaysia

2021 , Nurmasturah Jamil , Noor Asliza Abdul Rahim , Shuhairimi Abdullah

Strategi Komunikasi (SK) merupakan salah satu elemen penting dalam pembelajaran bahasa. Penguasaan SK dalam pembelajaran bahasa asing memanfaatkan pelajar dalam meningkatkan keberkesanan proses komunikasi. Artikel ini bertujuan membincangkan jenis SK berdasarkan bahasa ibunda yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa asing di Malaysia. Hasil tinjauan literatur mendapati tiga jenis SK berdasarkan bahasa ibunda yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran bahasa asing, iaitu strategi penukaran kod, pengantarabangsaan dan terjemahan literal. Melalui penelitian ke atas kajian lepas, penggunaan SK terbukti membantu meningkatkan kecekapan pelajar dalam pembelajaran bahasa asing. Oleh itu, penekanan terhadap SK berdasarkan bahasa ibunda perlu diberi perhatian sewajarnya agar usaha meningkatkan penguasaan berbahasa asing dapat dijalankan secara berterusan. Beberapa cadangan bagi tujuan penambahbaikan turut dikemukakan menerusi kajian ini.