Penubuhan universiti ini telah mendapat kelulusan daripada Jemaah Menteri dalam Mesyuarat Kabinet pada 14 Jun 2006. Jemaah Menteri juga telah menetapkan supaya falsafah kurikulum pengajian di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berteraskan kepada pendidikan keusahawanan dan perusahaan (entrepreneurship education and enterprises) dalam semua program pengajian. Oleh itu,frasa rangsangan seperti "Entrepreneurship is Our Thrust" (Keusahawanan Teras Kami) dan "Entrepreneurial University" (Universiti Keusahawanan) digunakan secara meluas.