Now showing 1 - 3 of 3
  • Publication
    Pengukuran prestasi sumber elektronik di Malaysia: pengalaman Malaysian Online E-Resources Consortium (MOLEC)
    (Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), 2010-12-20)
    Bermula dengan Jawatankuasa Pangkalan Data Komersil (JKPD) di bawah naungan Persidangan Perpustakaan Universiti dan Negara (PERPUN) dan kini dijenamakan sebagai Malaysian Online E-Resources Consortium (MOLEC) pada tahun 2010. MOLEC yang dianggotai oleh pustakawan bahan bersiri IPTA dan IPTS di Malaysia memainkan peranan penting dalam pengurusan langganan secara konsortium untuk manfaat perpustakaan akademik dan penyelidikan di Malaysia. Jawatankuasa ini melaksanakan pelbagai aktiviti dan program penandaarasan (benchmarking) bagi mencapai matlamat keberkesanan kos langganan. Ini selaras dengan peningkatan peruntukan kos langganan kepada sumber elektronik meliputi jurnal, buku dan tesis dalam format berkenaan. Perkembangan aliran terhadap penerbitan elektronik secara global merupakan peluang dan cabaran yang perlu ditangani secara berkesan oleh perpustakaan akademik di Malaysia. Perkembangan ini menuntut pelbagai pendekatan dalam pengukuran prestasi sumber elektronik. Hasil penilaian digunakan sebagai input dalam proses membuat keputusan sama ada untuk langganan individu ataupun konsortium.
  • Publication
    MCMC-UniMAP Makerspace @ Perpustakaan Tuanku Syed Faizuddin Putra
    ( 2019-09-11)
    Azni Yantee Abdul Raoh
    ;
    ;
    Mohd Shahrul Annuar Alawi
      20  69
  • Publication
    Pengurusan dan penawaran sumber maklumat elektronik
    ( 2010) ;
    Foyziah Ahmad Nasuruddin
    Saya terpanggil untuk berkongsi perkembangan mengenai koleksi sumber maklumat elektronik di UniMAP selepas melihat keistimewaan sumber maklumat elektronik di universiti ini. Keistimewaan meliputi bagaimana ia diterima dengan mudah oleh warga UniMAP, faktor-faktor pemangkin yang membawa kepada perkembangan sumber ini dalam persekitaran UniMAP dan bagaimana ia mampu memberi input bagi proses pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan yang dipamerkan melalui peningkatan statistik penggunaan. Selain itu, penyertaan sebagai Ahli Jawatankuasa Kecil Pangkalan Data Komersial sejak tahun 2002 memberi peluang dan pengalaman kepada saya tentang survival dan inisiatif yang diambil oleh perpustakaan akademik di Malaysia untuk meningkatkan capaian kepada maklumat ilmiah bagi manfaat warga universiti. Buku ini akan menghuraikan pendekatan dan pengalaman UniMAP dalam membangunkan koleksi sumber elektronik, menyedia dan menawarkannya kepada para pelajar, ahli akademik dan penyelidik universiti. Ia juga akan membincangkan beberapa inisiatif yang perlu diberi penekanan oleh perpustakaan akademik meliputi pengukuran prestasi dan pemeliharaan sumber maklumat elektronik.
      15  722