Publication:
Konflik wanita dalam drama popular yang diadaptasi daripada novel
Konflik wanita dalam drama popular yang diadaptasi daripada novel
Date
2017
Authors
Nor Hasimah Ismail
Marzalina Mansor
Melor Fauzita Md. Yusoff
Journal Title
Journal ISSN
Volume Title
Publisher
Research Projects
Organizational Units
Journal Issue
Abstract
Konflik jiwa wujud kerana perbezaan hasrat, kehendak, keinginan diri,
kemahuan dengan realiti kehidupan. Hal ini berlaku kerana seseorang
mengalami konflik jiwa apabila pemikiran dan perlakuan yang dihajati tidak
disukai oleh orang sekeliling. Perbezaan ini menyebabkan berlakunya konflik
jiwa yang hebat. Kini adaptasi novel ke drama menjadi pilihan semasa.
Adaptasi ialah penyesuaian keadaan dengan sesuatu yang baharu. Kajian ini
akan merungkaikan konflik yang dialami oleh watak wanita dalam drama
adaptasi daripada novel, iaitu Rindu Awak 200%. Watak wanita dalam karya ini
mengalami banyak konflik. Sehubungan dengan itu, objektif kajian ini ialah
mengenal pasti imej wanita yang mengalami konflik dalam karya tersebut.
Seterusnya meneliti dan dianalisis berdasarkan kaedah penelitian teks. Kajian
ini diharap menjadi contoh teladan berguna kepada masyarakat.
Description
Keywords
Adaptasi,
Imej wanita,
Konflik,
Masyarakat,
Teladan