Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Research Output and Publications
  3. Faculty of Business and Communication
  4. Theses & Dissertations
  5. Kesan intervensi terapi kelompok tingkah laku kognitif terhadap estim kendiri dan lokus kawalan dalam kalangan penagih dadah
 
Options

Kesan intervensi terapi kelompok tingkah laku kognitif terhadap estim kendiri dan lokus kawalan dalam kalangan penagih dadah

Date Issued
2013
Author(s)
Huzili Hussin
Universiti Malaysia Perlis
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji kesan intervensi terapi kelompok Tingkah Laku Kognitif Standard [CBT(S)] dengan terapi kelompok Tingkah Laku Kognitif Brief [CBT(B)] terhadap skor min estim kendiri (EK) dan lokus kawalan (LK) dalam kalangan penagih dadah. Kajian ini menggunakan reka bentuk kuasi ekperimen yang melibatkan dua kumpulan rawatan [CBT(S) & CBT(B)] dan satu kelompok kawalan (KW) serta empat ujian berulangan iaitu; ujian Pra, Pos 1, Pos 2 dan Pos 3. Seramai 108 penagih dadah telah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Setiap kumpulan mengandungi 36 sampel kajian. Data dikumpul dengan menggunakan instrumen psikomatriks yang standard iaitu; Internal Control Index (Patricia Duttweiler, 1984) dan The Rosenberg Self-Esteem Scale. Analisis ANOVA dua hala ujian berulangan digunakan untuk menganalisis data. Hasil analisis menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama antara kelompok rawatan CBT(S), CBT(B) dan KW terhadap skor min estim kendiri [F(2, 20.13)= 20.09, p<.05]; kesan utama antara masa ujian terhadap skor min estim kendiri [F(2.35, 51.74)= 351.17; p<.05]; kesan interaksi antara kelompok rawatan dan masa ujian terhadap skor min estim kendiri [F(4.69,51.74) = 4.23; p<.05]. Sementara itu, dapatan kajian ini juga menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan bagi kesan utama antara kelompok rawatan CBT(S), CBT(B) dan KW terhadap skor min lokus kawalan [F(2, 13.38)= 200.4, p<.05]; kesan utama antara masa ujian terhadap skor min lokus kawalan [F(2.76, 17.22)= 322.77; p<.05]; dan kesan interaksi antara kelompok rawatan dan masa ujian terhadap skor min lokus kawalan [F(5.53, 17.22) = 60.28; p<.05]. Secara keseluruhannya, didapati intervensi kelompok rawatan CBT(S) dan CBT(B) dapat meningkatkan skor min estim kendiri dan lokus kawalan sampel kajian.
Subjects
  • Tingkah Laku Kognitif...

  • Tingkah Laku Kognitif...

  • Estim kendiri (EK)

  • Lokus kawalan (LK)

  • Penagih dadah

File(s)
p. 1-24.pdf (649.7 KB) Full text (This item is protected by original copyright.).pdf (2.39 MB)
Views
12
Acquisition Date
Nov 19, 2024
View Details
Downloads
25
Acquisition Date
Nov 19, 2024
View Details
google-scholar
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies