Home
  • English
  • ÄŒeÅ¡tina
  • Deutsch
  • Español
  • Français
  • Gàidhlig
  • LatvieÅ¡u
  • Magyar
  • Nederlands
  • Português
  • Português do Brasil
  • Suomi
  • Log In
    New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
Home
  • Browse Our Collections
  • Publications
  • Researchers
  • Research Data
  • Institutions
  • Statistics
    • English
    • ÄŒeÅ¡tina
    • Deutsch
    • Español
    • Français
    • Gàidhlig
    • LatvieÅ¡u
    • Magyar
    • Nederlands
    • Português
    • Português do Brasil
    • Suomi
    • Log In
      New user? Click here to register. Have you forgotten your password?
  1. Home
  2. Research Output and Publications
  3. UniMAP Conference and Proceedings
  4. Konflik Migran Cina dengan peradaban Peribumi Kalimantan Barat: analisis Syair Perang Cina di Monterado
 
Options

Konflik Migran Cina dengan peradaban Peribumi Kalimantan Barat: analisis Syair Perang Cina di Monterado

Journal
Seminar Antarabangsa Susastera, Bahasa dan Budaya Nusantara (SUTERA'19)
Date Issued
2019
Author(s)
Alezender Steven
Universiti Kebangsaan Malaysia
Shaiful Bahri Md Radzi
Universiti Kebangsaan Malaysia
Handle (URI)
https://hdl.handle.net/20.500.14170/15620
Abstract
Kolonialisme di Alam Melayu memberi tamparan yang hebat buat peradaban peribumi. Perubahan landskap ekonomi, politik dan sosial di Alam Melayu akibat kolonialisme tidak hanya dirasa dalam jangka masa yang singkat bahkan hayat dampaknya berkekalan dalam jangka masa yang panjang. Makalah ini membincangkan kehadiran migran Cina yang dibawa oleh kuasa-kuasa Eropah semasa kolonialisme berlangsung di Alam Melayu sehingga menjejaskan beberapa wilayah Alam Melayu khususnya di Kalimantan Barat. Kekayaan hasil komoditi di beberapa wilayah Kalimantan Barat seperti di Sambas dan Mempawah memungkinkan kehadiran migran Cina di wilayah tersebut sekitar abad ke-18 dan 19 ekoran daripada penguasa kedua wilayah yang kaya ini bertindak memanfaatkan kehadiran migran Cina di Alam Melayu untuk mengusahakannya. Dengan menggunakan pendekatan sejarah dalam meneliti naskhah historiografi Syair Perang Cina di Monterado yang khusus merawikan peristiwa ini, hasil dapatan kajian mendapati bahawa kehadiran migran Cina telah membawa kepada kesengsaraan peradaban peribumi di Kalimantan Barat yakni Dayak, Melayu dan Bugis. Tindakkan melampau migran Cina yang semakin berkuasa menyebabkan nasib sosioekonomi peribumi di Kalimantan Barat berada pada tahap yang amat menyedihkan. Dalam pada itu, penindasan yang dilakukan oleh migran Cina telah meniupkan semangat kebangkitan dalam kalangan penduduk peribumi dan seterusnya melancarkan peperangan dengan sokongan Belanda sebagai timbal balas terhadap sikap keterlaluan migran Cina.
Subjects
  • Kolonialisme

  • Kalimantan Barat

  • Migran Cina

  • Peribumi

  • Peperangan.

File(s)
Konflik Migran Cina dengan peradaban Peribumi Kalimantan Barat - analisis Syair Perang Cina di Monterado.pdf (504.86 KB)
google-scholar
Views
Downloads
  • About Us
  • Contact Us
  • Policies