Now showing 1 - 2 of 2
  • Publication
    Pengaruh sosiokognitif generasi Z terhadap jati diri Bahasa Melayu
    ( 2020-12) ;
    Junaini Kasdan
    Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan Generasi Z (Gen Z) di Malaysia berdasarkan perspektif Sosiokognitif. Secara khususnya kajian ini adalah untuk melihat pengaruh sosiokognitif yang melatari Gen Z terhadap tahap jati diri bahasa Melayu mereka. Kajian ini melibatkan 660 orang responden daripada Gen Z, yang dipilih berdasarkan lokasi tempat tinggal bandar, pinggir bandar dan luar bandar di seluruh Malaysia. Instrumen soal selidik digunakan dan diedar menggunakan ‘Google Form’ untuk pengumpulan data. Instrumen yang dibangunkan oleh pengkaji mempunyai tahap keesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α =0.75 hingga α = 0.91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian menggunakan empat pemboleh ubah utama yang berfungsi sebagai latar sosial Gen Z iaitu jantina, kaum/etnik, aliran pendidikan dan lokasi kediaman. Tahap jati diri bahasa Melayu Gen Z diukur berdasarkan empat indikator iatu sikap, persepsi, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu mereka. Kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan sikap, persepsi, penghayatan dan pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z yang mempunyai latar belakang sosial yang berbeza. Perbezaan ini seterusnya akan mewujudkan pula perbezaan tahap jati diri bahasa Melayu dalam kalangan mereka.
      1  31
  • Publication
    Pengamalan bahasa Melayu generasi Z dalam era revolusi industri 4.0 dari perspektif sosiokognitif
    Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis tahap pengamalan bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z di Malaysia berdasarkan perspektif sosiokognitif. Data diperoleh daripada 660 maklum balas responden yang diterima daripada soal selidik. Responden terdiri daripada Gen Z di seluruh Malaysia yang menerima undangan berdasarkan kriteria yang ditetapkan, meliputi kelompok bandar, pinggir bandar dan luar bandar. Instrumen kajian yang dibangunkan khusus untuk kajian ini mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi, iaitu α = .75 hingga α = .91. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi menggunakan perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 25.0. Kajian ini memanfaatkan Teori Sosiokognitif dan pendekatan sosiokognitif bagi menghuraikan pertalian antara latar sosial dengan tahap pengamalan terhadap bahasa Melayu dalam kalangan Gen Z. Secara umumnya hasil kajian mendapati tahap pengamalan bahasa Melayu Gen Z dalam kajian ini berada pada tahap yang tinggi dengan pecahan sangat tinggi 10.0% dan tinggi 50.0%. Manakala terdapat 39.0% Gen Z yang mempunyai pengamalan yang rendah terhadap bahasa Melayu dan 1.0% lagi berada pada tahap pengamalan yang sangat rendah.
      3  60