Now showing 1 - 10 of 12
  • Publication
    Alasan penghakiman mahkamah syariah
    ( 2011) ;
    Saidi Md Noor
    Penulisan buku ini mengutarakan alasan penghakiman Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tentang hukuman denda dan penjara yang dijatuhi kepada pesalah Syariah. Kupasan yang menyentuh berkaitan alasan penghakiman dan keputusan mahkamah turut mengambilkira peruntukan-peruntukan kesalahan jenayah Syariah dalam Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997, Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997, Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 dan Akta Pentadbiran Undang-undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997
      19  82
  • Publication
    Tipologi keperibadian : nilai-nilai murni dalam keusahawanan Islam
    Tipologi Keperibadian Nilai-Nilai Murni Dalam Keusahawanan Islam memerihalkan dogma-dogma keusahawanan yang disaring dengan timbangan wahyu. Pedoman wahyu ditamsilkan sebagai obor yang menjadi panduan kepada para usahawan untuk berinteraksi dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Berlandaskan kepada pedoman inilah, ia membentuk satu falsafah yang membezakan antara aktiviti keusahawanan bersifat konvensional dengan keusahawanan Islam. Tegasnya, keusahawanan Islam bukan hanya berorientasikan hal untung rugi semata-mata sebaliknya mengambil kira juga unsur-unsur keuntungan pada alam akhirat sebagai bekalan yang akan dibawa oleh para usahawan apabila bertemu dengan Tuannya kelak. Penulisan buku ini juga bukan hanya menyentuh tentang perbincangan aspek nilai-nilai murni sahaja tetapi juga turut memuatkan kajian kes yang berlaku terhadap usahawan berjaya MARA Perlis.
      19  177
  • Publication
    Issues of human development towards a prosperous life
    This book is planned based on the responsibility to enlighten readers about issues surrounding human development. These issues are often resolved around the rapid changes in human development corresponding to today’s reality and human needs. To bridge the gap, the writers have taken proactive measures to produce and compile a collection of academic articles and published this collection as a book to provide valuable input and insight into human development. The topics discussed focus on multiple disciplines such as humanities, psychology, community, IT and communication, and entrepreneurship. It is hoped that this publication will highlight important input to society, policymakers, and students alike in efforts towards sustainable human development and enrichment of knowledge.
      17  188
  • Publication
    Keusahawanan, inovasi dan perniagaan
    ( 2012) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    ;
    ; ;
    Mohd. Mizan Mohammad Aslam
    ;
    Azizi Halipah
    ;
    ;
    Buku ini dapat memberi gambaran kepada pembaca tentang ilmu keusahawanan, kemahiran tentang usahawan berjaya, bagaimana membina rancangan perniagaan di samping ilmu asas tentang kepentingan inovasi dalam disiplin keusahawanan. Usahawan dituntut untuk memimpin dirinya sendiri dan segala usaha yang dilakukan. Menjadi usahawan yang hebat, wajar memiliki perwatakan peribadi yang utuh, berusaha memiliki sumber pengeluaran yang mencukupi serta mampu bersaing dalam persekitaran perniagaan, mengenal pasti peluang-peluang yang ada, di samping berinovasi ke arah memajukan potensi supaya setiap aktiviti yang dilakukan berjaya dikembangkan. Usahawan berjaya juga cemerlang dalam aktiviti keusahawanan yang mementingkan tuntutan keagamaan secara sempurna bersesuaian dengan semangat al-Falah.
      39  866
  • Publication
    Nilai-nilai holistik : keusahawanan Islam
    ( 2011) ;
    Ku Halim Ku Ariffin
    Buku ini memerihalkan nilai-nilai murni dan disiplin dalam keusahawanan Islam. Penulisan buku ini cenderung mengupas nilai-nilai murni berdasarkan kepada tafsiran landasan ilmu dan panduan wahyu serta menerangkan konsep keusahawanan Islam dan usahawan berjaya menurut neraca mu`amalah Islam. Secara prinsipnya, setiap bidang kehidupan manusia memerlukan garis panduan dan bimbingan daripada petunjuk wahyu yang bertindak sebagai kuasa eksklusif untuk dipatuhi oleh manusia. Usahawan menurut kerangka mu`amalah Islam ialah individu yang berfungsi sebagai pemegang amanah yang bertindak menjana dan memakmurkan sumber-sumber ekonomi yang dianugerahkan oleh Allah untuk kesejahteraan manusia dan kemakmuran alam.
      29  472
  • Publication
    Siri Diges Kemanusiaan : Kebitaraan Insan
    Isu kemanusiaan merupakan permasalahan semasa yang tidak kunjung padam dalam lembaran sejarah manusia. Buku ini memerihalkan isu-isu berkaitan keagamaan, kemanusiaan, komunikasi dan teknologi maklumat serta juga isu keusahawanan. Perbincangan bagi setiap isu dikupas berdasarkan persoalan isu semasa yang berlaku pada masa kini. Penulisan bersiri secara tahunan oleh ahli akademik ini berdasarkan kepada bidang kepakaran masing-masing. Penglibatan dan perkongsian ahli akademik yang berlatar belakangkan pelbagai disiplin ilmu menjadi kekuatan kepada diges kemanusiaan supaya sentiasa relevan dalam mendepani isu-isu semasa yang berlegar tentang kemanusiaan. Semoga penulisan ini dapat merangsang minda para pembaca untuk memahami dan mengkaji dengan lebih lanjut berkaitan isu-isu kemanusiaan yang dinamis keperluannya.
      17  764
  • Publication
    Keusahawanan Islam di Malaysia : perkembangan dan cabaran
    ( 2020) ;
    Solahuddin Abdul Hamid
    Penulisan keusahawanan Islam akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan. Ini kerana, persoalan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia demi meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan ini dimulakan dengan konsep keusahawanan kemudian diikuti dengan konsep keusahawanan Islam. Selanjutnya, perbincangan difokuskan kepada kedudukan ilmu keusahawanan dari sudut muamalah Islam. Bagi memberi gambaran yang jelas, konsep usahawan berjaya dikupas dengan mengambil kira pandangan al-Quran dan hadis supaya para pembaca mendapat gambaran yang jelas mengenai konsep pandang semesta Islam berkaitan keusahawanan. Penulisan ini juga turut membincangkan cabaran yang dihadapi dan peranan kerajaan serta kepentingan pembudayaan keusahawanan Islam pada masa kini. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.
      37  1509
  • Publication
    Dinamika minda baharu : keusahawanan dan kemanusiaan
    ( 2020)
    Khairunnisak Ahmad Shakir
    ;
    ;
    Azahari Ramli
    ;
    Muhammad Shukri Bakar
    Dinamika Minda Baharu: Keusahawanan dan Kemanusiaan akan membawa pembaca untuk memahami isu-isu semasa yang sering dibincangkan dalam keusahawanan dan juga isu-isu sampingan berkaitan kemanusiaan. Persoalan keusahawanan dan kemanusiaan sentiasa bersifat kompleks dan dinamis bersesuaian dengan realiti dan kondisi sesuatu masyarakat. Pelbagai cabaran dan rintangan perlu dihadapi oleh manusia untuk meneruskan kelangsungan kehidupan di muka bumi dengan sejahtera khususnya dalam konteks keusahawanan. Topik perbincangan dimulakan dengan konsep keusahawanan dan diikuti dengan isu keusahawanan. Kupasan menarik seperti orientasi keusahawanan, kreativiti, kompetensi keusahawanan, kualiti, dimensi-dimensi yang ada dalam keusahawanan dan turut disentuh berkaitan keusahawanan sosial. Bagi tema kemanusiaan pula isu-isu berkaitan komunikasi dan teknologi maklumat turut dibincangkan. Semua perbincangan ini disertai dengan contoh-contoh semasa yang relevan dengan negara Malaysia pada hari ini. Adalah diharapkan pembaca dapat mengambil faedah daripada isu-isu yang dihidangkan oleh para penulis.
      39  872
  • Publication
    Melestarikan pembangunan komuniti sejahtera
    ( 2015) ;
    Juliana Ahmad
    ;
    Melestarikan Pembangunan Komuniti Sejahtera merupakan Siri Diges Kemanusiaan yang menghimpunkan artikel-artikel mengenai isu-isu berkaitan bidang kemanusiaan. Fokus utama buku ini adalah membincangkan peranan dan tanggungjawab masyarakat bagi melahirkan sebuah komuniti yang sejahtera. Bidang kemanusiaan sentiasa relevan dan sentiasa menarik minat pelbagai pihak untuk mencapai kesejahteraan sejagat. Buku ini dapat memberikan pencerahan dan panduan yang berguna kepada para pembaca untuk memperbaiki diri, seterusnya membentuk masyarakat yang berakhlak dan bermoral yang menyumbang kepada keharmonian negara.
      36  198
  • Publication
    Diges kemanusiaan : kearifan kehidupan insan
    ( 2014) ;
    Juliana Ahmad
    Diges Kemanusian: Kearifan Kehidupan Insan merupakan penulisan artikel yang dipecahkan kepada 3 bahagian utama iaitu Bahagian Pendidikan, Isu Semasa dan Nilai dan Kemanusiaan. Isu-isu yang dikupas ini bersifat semasa dan ainya memerlukan mekanisme-mekanisme tertentu untuk menyelesaikannya. Segala buah fikiran yang tercena daripada artikel-artikel yang disajikan ini diharapkan dapat menjadi pemangkin dan merangsang minda para pembaca dalam usaha merungkai isu-isu kemanusian yang sering berlegar dalam kalangan masyarakat. Semoga penerbitan buku ini dapat memberi input yang bernilai kepada para pembaca dan juga kepada para penyelidik lain dalam meneroka isu-isu kemanusian
      25  128