Permintaan insurans am syarikat insurans am di Malaysia
2015-06,
Mustazar Mansur,
Alias Radam,
Mohd Zukime Mat Junoh
Pasaran insurans di Malaysia semakin kompetitif sejak berlaku krisis ekonomi
serta wujudnya kepentingan elemen kesolvenan setiap syarikat terhadap
keyakinan pemegang insurans. Malah, terdapat syarikat insurans yang
tersohor di pasaran terpaksa mengambil tindakan untuk dijual atau diambil
alih akibat masalah kewangan atau keberhutangan syarikat mereka. Maka,
setiap syarikat perlu tahu atau sedar bahawa penguasaan pasaran (penumpuan
pasaran) yang tinggi tidak menjamin keutuhan atau prestasi yang baik pada
masa depan. Penumpuan pasaran ini disokong oleh faktor-faktor permintaan
ke atas pelbagai jenis insuran am yang ditawarkan oleh setiap firma. Titik
tolak dari permasalah tersebut, kajian ini cuba menganalisis hubungan antara
faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan atau pembelian insurans am
dengan kecekapan atau prestasi firma dalam industri ini di pasaran. Akhter &
Rehman (2011) yang menganalisis prestasi kewangan industri insurans di
Pakistan telah mengenalpasti beberapa petunjuk ekonomi utama yang mencipta
permintaan insurans. Faktor-faktor ini telah menyumbang pencapaian
kejayaan jangka panjang dan kelestasian pembangunan ekonomi di pasaran
insurans. Manakala Cole et al (2009) pula cuba menguji teori permintaan
perkhidmatan kewangan di pasaran yang luas tetapi kadar penumpuan
pasaran yang masih rendah seperti di India dan Indonesia. Keputusan kajian
mereka menunjukkan wujudnya kolerasi kuat antara literasi kewangan dan
tingkahlaku pengguna di pasaran. Namun, program pendidikan kewangan di
negera tersebut hanya mempunyai kesan sederhana, di samping peningkatan
permintaan akaun bank yang perlahan yang disebabkan oleh tahap pendidikan
atau literasi kewanganyang masih rendah. Wong Mei Foong (2002) yang
mengkaji permintaan insurans hayat di Malaysia menunjukkan terdapat
beberapa faktor makroekonomi yang mempengaruhi permintaan agregat
insurans am di Malaysia. Secara umumnya terdapat beberapa pembolehubah
akan digunakan untuk mengukur setiap elemen tersebut serta melihat
hubungkait antara dua elemen tersebut. Menurut V.L.Bajtelsmit & R.Bouzouita
(1998) terdapat hubungan signifikan yang positif antara kesan penumpuan
pasaran ke atas keuntungan syarikat insurans kenderaan di US antara tahun
1984 hingga tahun 1992. Permasalahan ini cuba dirungkai menggunakan
Model Regresi Berbilang untuk melihat hubungan beberapa pembolehubah
utama dengan pembolehubah-pembolehubah lain. Keputusan kajian ini
mendapati hanya faktor produktiviti iaitu nisbah produktiviti pengurusan
(MPR) dan nisbah produktiviti buruh (LPR) yang mempengaruhi secara signifikan ke atas permintaan insurans am di pasaran.Selain itu, terdapatempat
faktor lain yang signifikan iaitu tingkat pendapatan perkapita (YPK), indeks
harga pengguna (IHP), jumlah kenderaan didaftar (CAR) dan jumlah
pendidikan tinggi (STR), namun data makroekonomi lain adalah tidak
signifikan.