Options
Mohd Zukime Mat Junoh
Preferred name
Mohd Zukime Mat Junoh
Official Name
Mohd Zukime , Mat Junoh
Alternative Name
Mat, Mohd Zukime
Main Affiliation
Scopus Author ID
56275729000
57210815796
Researcher ID
GPI-0228-2022
Now showing
1 - 1 of 1
-
PublicationPermintaan insurans am syarikat insurans am di Malaysia( 2015-06)
;Mustazar Mansur ;Alias RadamPasaran insurans di Malaysia semakin kompetitif sejak berlaku krisis ekonomi serta wujudnya kepentingan elemen kesolvenan setiap syarikat terhadap keyakinan pemegang insurans. Malah, terdapat syarikat insurans yang tersohor di pasaran terpaksa mengambil tindakan untuk dijual atau diambil alih akibat masalah kewangan atau keberhutangan syarikat mereka. Maka, setiap syarikat perlu tahu atau sedar bahawa penguasaan pasaran (penumpuan pasaran) yang tinggi tidak menjamin keutuhan atau prestasi yang baik pada masa depan. Penumpuan pasaran ini disokong oleh faktor-faktor permintaan ke atas pelbagai jenis insuran am yang ditawarkan oleh setiap firma. Titik tolak dari permasalah tersebut, kajian ini cuba menganalisis hubungan antara faktor-faktor yang mempengaruhi permintaan atau pembelian insurans am dengan kecekapan atau prestasi firma dalam industri ini di pasaran. Akhter & Rehman (2011) yang menganalisis prestasi kewangan industri insurans di Pakistan telah mengenalpasti beberapa petunjuk ekonomi utama yang mencipta permintaan insurans. Faktor-faktor ini telah menyumbang pencapaian kejayaan jangka panjang dan kelestasian pembangunan ekonomi di pasaran insurans. Manakala Cole et al (2009) pula cuba menguji teori permintaan perkhidmatan kewangan di pasaran yang luas tetapi kadar penumpuan pasaran yang masih rendah seperti di India dan Indonesia. Keputusan kajian mereka menunjukkan wujudnya kolerasi kuat antara literasi kewangan dan tingkahlaku pengguna di pasaran. Namun, program pendidikan kewangan di negera tersebut hanya mempunyai kesan sederhana, di samping peningkatan permintaan akaun bank yang perlahan yang disebabkan oleh tahap pendidikan atau literasi kewanganyang masih rendah. Wong Mei Foong (2002) yang mengkaji permintaan insurans hayat di Malaysia menunjukkan terdapat beberapa faktor makroekonomi yang mempengaruhi permintaan agregat insurans am di Malaysia. Secara umumnya terdapat beberapa pembolehubah akan digunakan untuk mengukur setiap elemen tersebut serta melihat hubungkait antara dua elemen tersebut. Menurut V.L.Bajtelsmit & R.Bouzouita (1998) terdapat hubungan signifikan yang positif antara kesan penumpuan pasaran ke atas keuntungan syarikat insurans kenderaan di US antara tahun 1984 hingga tahun 1992. Permasalahan ini cuba dirungkai menggunakan Model Regresi Berbilang untuk melihat hubungan beberapa pembolehubah utama dengan pembolehubah-pembolehubah lain. Keputusan kajian ini mendapati hanya faktor produktiviti iaitu nisbah produktiviti pengurusan (MPR) dan nisbah produktiviti buruh (LPR) yang mempengaruhi secara signifikan ke atas permintaan insurans am di pasaran.Selain itu, terdapatempat faktor lain yang signifikan iaitu tingkat pendapatan perkapita (YPK), indeks harga pengguna (IHP), jumlah kenderaan didaftar (CAR) dan jumlah pendidikan tinggi (STR), namun data makroekonomi lain adalah tidak signifikan.18 39