Isu kemanusiaan merupakan permasalahan semasa yang tidak kunjung padam dalam lembaran sejarah manusia. Buku ini memerihalkan isu-isu berkaitan keagamaan, kemanusiaan, komunikasi dan teknologi maklumat serta juga isu keusahawanan. Perbincangan bagi setiap isu dikupas berdasarkan persoalan isu semasa yang berlaku pada masa kini. Penulisan bersiri secara tahunan oleh ahli akademik ini berdasarkan kepada bidang kepakaran masing-masing. Penglibatan dan perkongsian ahli akademik yang berlatar belakangkan pelbagai disiplin ilmu menjadi kekuatan kepada diges kemanusiaan supaya sentiasa relevan dalam mendepani isu-isu semasa yang berlegar tentang kemanusiaan. Semoga penulisan ini dapat merangsang minda para pembaca untuk memahami dan mengkaji dengan lebih lanjut berkaitan isu-isu kemanusiaan yang dinamis keperluannya.